Itulah perasaan bila melihat/menonton corak permainan Malaysia ketika berlangsungnya persahabatan dengan negara jiran, Thailand semalam. Malaysia yang kalah kepada Thailand sepatutnya merasa malu kerana kalah walaupun GAJAH bermain 10 orang..Taring dan kuku HARIMAU tidak lagi mampu mencakar dan menggigit kulit GAJAH yang semakin TEBAL dan LIAT.
Corak permainan yang tidak banyak berubah dan kekuatan mental pemain masih di tahap yang kurang memberangsangkan..Sama ada Raja (Rajagobal) mempunyai taktik menyimpan KUKU atau sebaliknya, tetapi, sesebuah kemenangan sudah pastinya akan diiringi oleh kata-kata pujian dan keyakinan kepada para peminat bola sepak tanah air...Jangan lupa bahawa, kata-kata itu adalah DOA..
Penguasaan TENGAH harus dititikberatkan...
Kepantasan harus dipertingkatkan...
Corak hantaran harus juga dipelbagaikan...
Berusaha lebih GIGIH..
SEMOGA BERJAYA..