Selasa, 22 Januari 2013

Kalendar Penting Negara


Selamat Tahun Baru..kepada semua pembaca dan kepada semua warganegara yang mencintai keamanan negara...semoga usaha kita akan dapat dilipatgandakan lagi untuk mencapai hajat yang diimpikan...

Terlalu banyak yang perlu dilakukan untuk kemajuan diri dan negara...kita bukan sahaja memikirkan makan minum dan kesenangan serta keperluan diri, keluarga, warga kerja dan masyarakat sekitar, tetapi kita juga sebenarnya harus memikirkan kemakmuran kampung, daerah, negeri dan negara kita...semuanya bermula daripada rumah...didikan dan bimbingan yang telus dan jujur serta berilmiah perlu diterapkan kepada keluarga masing-masing...

Tahun Baru 2013 merupakan tahun dimana semua yang layak perlu membuat satu keputusan yang sangat matang untuk kelangsungan kemajuan negara iaitu dengan mengundi...ianya Kalendar penting negara yang trbesar tahun ini iaitu Pilihanraya Umum ke 13..Bahangnya sudah terasa, mesti YB2 pun sudah mengatur strategi...apa pun,,lakukanlah kebaikan kepada rakyat...berkhidmat untuk rakyat dan negara..saya ucapkan selamat memajukan negara, kebajikan rakyat diutamakan nama negara diharumkan...

Pun begitu,,rakyat juga harus bijak dan matang bermain dengan politik..jangan hanya suka-suka tanpa matlamat ( untuk bangsa agama dan negara )..pilihlah wakil rakyat yang benar-benar jujur/telus dan kuat bekerja untuk rakyat..yang sanggup menebalkan muka demi membela nasib rakyatnya..

Pada zaman ini,,sudah ramai yang berpendidikan dan saya percaya semua orang mahukan keharmonian dan kemakmuran negara ini terjamin sampai bila-bila pun...tidak ada satupun yang mahukan huru-hara kecuali orang jahil..jd, harus diingat kuasa kita ' dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat '...

Salam perpaduan
Peace No Huru-Hara..

p/s Jangan lupa bawa dokumen penting nti..


 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi