Rabu, 26 Februari 2020

Gagal dan Bangkit semula




Hello semua,,apa khabar hari ini?? Mudah-mudahan anda semua dalam keadaan yang sihat sejahtera..Walaupun keadaan politik negara kita sekarang ini agak terumbang ambing, saya harap kita semua dalam keadaan yang tenang dan tidak gelabah..Dan marilah sama-sama kita mendoakan negara ini sentiasa aman, harmoni dan demokrasi terjaga sebaik-baiknya..

Sehangat mana pun politik negara kini,,jangan lupa kita masih ada hutang yang perlu dibayar..Kita masih perlukan banyak sumber pendapatan untuk jaminan hidup lebih baik..Kita punya tanggungjawab terhadap keluarga malah untuk diri sendiri..Kita kena fikir juga hal-hal diri kita..Bagaimana untuk memajukan hidup ke arah yang lebih baik..

Bukan setakat berfikir, tetapi membuat tindakan juga sebab kalau tak buat apa-apa usaha, kita tak akan berjaya juga..Tidak di nafikan, ramai yang berusaha tetapi pulangan yang mereka dapat tidak seperti yang diharapkan, betul ka sudara/i ? Jika berlaku begitu, pernahkah kita fikir, kenapa kita gagal mencapai keinginan tersebut?Cukupkah usaha kita?Sejauhmanakan keberkesanan strategi yang dirancang? Kita kena wujudkan banyak soalan untuk merungkai kegagalan itu supaya kita boleh merancang pelan dan jalan penyelesaian pula..

Ramai orang berpendapat, setiap kegagalan itu hanyalah permulaan untuk kita bangkit semula..tetapi kuatkah kita untuk menghadapi kegagalan itu?Adakah minda kita cukup kuat untuk menghadapi semua itu? Orang-orang yang berjaya dalam dunia perniagaan, adalah mereka yang cukup berani untuk berhadapan dengan kegagalan.. Mereka ini sentiasa up to date dengan pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya.. Untuk mengekalkan kejayaan itu, mereka selalunya terkehadapan berbanding orang lain.. Sebelum orang terfikir benda itu dan ini, mereka sudahpun melaksanakannya.. Sebab itu, mereka kekal di dalam dunia perniagaan malah berjaya membuka pelbagai cawangan dan bidang.. Malah mereka suka mencuba sesuatu yang baru..

Dalam erti kata lain, kita jangan mudah berputus asa dalam bisnes yang diceburi atau apa sahaja bidang yang kita usahakan sekarang ini.. Tidak perlu ragu-ragu untuk mencuba kerana orang yang berjaya disebabkan mereka tewas atau gagal terlebih dahulu.. kemudian, barulah mereka bangkit semula dengan strategi yang baru.. Saya yakin, semua orang yang mahu memulakan satu-satu perusahaan, perkara pertama yang dia fikirkan adalah modal..ramai juga yang ragu-ragu dan tidak yakin dengan bidang yang dia ingin ceburi.. Saya juga pernah megalami situasi ini saudara/i sekalian..memang menjadi kekangan yang paling utama kerana kita tak cukup duit, lepas tu takut tak pulang modal..

Tapi yakinlah saudara/i sekalian, dengan tekad, strategi dan komitment yang ada, semua itu tidak akan menjadi halangan.. Modal boleh di cari atau dikumpul dan sementara dalam proses itu, saudara/i bolehlah mengkaji bisnes apa yang sesuai dengan modal yang saudara/i mampu.. bisnes yang mudah dikendalikan dan yang paling penting adalah minat kita terhadap bidang tersebut..

Saya sering teringat kata-kata seorang jurujual langsung yang pernah berurusan dengan saya tahun lepas.. Dia kata, dalam bisnes ini, sama ada kita dapat pulangan kecil atau besar, berilah sumbangan atau derma ikhlas kepada sesiapa yang perlu..mudah-mudahan orang yang kita bagi derma itu akan mendoakan yang baik-baik kepada kita.. Sama juga, orang mudahkan kerja kita, kita mudahkan kerja orang lain..mudah-mudahan kita saling berkongsi rezeki yang ada..


Sekarang ini, walaupun saya ada kerja tetap, tetapi saya masih melakukan kerja sampingan yang lain, yang saya fikirkan tidak menjejaskan kerja hakiki saya.. Sebab kerja sebagai ejen Cuckoo dan Preferred Shopper di Fingo ni boleh dibuat bila-bila masa sahaja.. dan biasanya, saya aktif bisnes ini pada waktu malam, hujung minggu dan masa cuti.. setakat ini, kerja hakiki saya terlaksana dengan jayanya..dan mudah-mudahan peluang di dua bidang ini mampu memberi kesenangan dalam hidup saya sekeluarga..boleh rujuk posting saya sebelum ini untuk lebih lanjut..


Saudara/i sekalian yang saya kasihi sekalian, apapun pekerjaan yang anda usahakan sekarang ini, mudah-mudahan diberkati oleh Tuhan dan rezeki tak putus-putus serta diberikan kesihatan yang baik..sekian

#KURANGKAN HUTANG TAMBAHKAN PENDAPATAN


http://store.cuckoo.com.my/estore/Tarada99
https://buatduitfingo.com/biz/buatduitfingo/Tarada99





 

 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi