Isnin, 17 Disember 2018

Perjuangan Belum Berakhir..


Walaupun kalah 1-0 kepada tuan rumah Vietnam pada Final Kedua Piala AFF SUZUKI sabtu lalu, namun pujian harus diberikan kepada skuad Harimau Malaya. Ini kerana, mereka telah dari awal menunjukkan kesungguhan bermain pada Piala AFF Suzuki musim ini, sehingga berjaya lolos ke perlawanan akhir.

Tahniah, sesungguhnya kepada semua pegawai terutama kepada ketua jurulatih, Tan Cheng Ho, kerana berjaya membawa ramuan dan rentak permaianan yang lebih meyakinkan. Jangan terlalu kecewa kerana perjuangan belum berakhir disini.

Kita masih terlalu jauh untuk mencapai standard yang diidam-idamkan. Namun, anda semua telah membuktikan bahawa pasukan negara bukanlah pasukan yang boleh dipandang mudah oleh pasukan dari Asia Tenggara yang lain. Statistik juga membuktikan pada perlawanan akhir kedua bahawa, diatas kertas, kita sememangnya mempunyai kelebihan, namun nasib tidak menyebelahi kita.

Kepada pemain-pemain Harimau Malaya,,teruskan perjuangan anda. Sentiasa tingkatkan prestasi dan kualiti masing-masing. Rebutlah mana-mana peluang (jika ada) untuk bermain di luar negara. Ambillah kesempatan menimba pengalaman kerana anda masih muda. Anda masih ada peluang untuk menaikkan imej dan ranking negara di kedudukan yang lebih baik. Tunjukkan kepada anak muda yang lain bahawa, misi bola sepak ini bukanlah semata-mata habuan, tetapi maruah dan martabat seluruh rakyat Malaysia harus diangkat dan dijulang.

Kepada pihak pengurusan tertinggi FAM, teruskan usaha murni anda semua. Jaga kebajikan semua yang terlibat, mudah-mudahan urusan bertambah baik. Jangan Kecewa, Perjuangan Belum Berakhir..

 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi