Khamis, 6 Disember 2018

Ke Final Kita - AFF SUZUKI 2018


Mendebarkan! Itu yang saya dapat gambarkan pada malam semalam ketika menonton perlawanan separuh akhir kedua diantara Thailand dan Malaysia..Walau apapun, pertama sekali kita ucapkan Tahniah buat skuad negara yang berjaya menempah ke perlawanan akhir AFF Suzuki 2018.

Kejayaan mengikat Thailand pada separuh akhir kedua semalam dengan aggregat 2-2, dengan Malaysia mempunyai kelebihan jaringan ditempat lawan, sekali lagi skuad ini ke perlawanan akhir, yang akan menentang sama ada Vietnam atau Fillipina. Kerana, penentuan bagi Vietnam dan Fillipina akan hanya diketahui selepas perlawanan separuh akhir kedua pada malam ini.

Berbalik kepada perlawanan semalam diantara Thailand dan Malaysia, secara keseluruhannya pasukan negara telah berjaya mengekang dan menyerap serangan pantas (counter-attack) pasukan Thailand. Malahan, pasukan negara begitu tenang dan mudah menyerap tekanan walaupun bermain di tempat lawan. Kedua-dua pasukan menunjukkan skill permainan yang amat memuaskan malah skill-skill bertaraf dunia serba sedikit dapat dipertontonkan. Penguasaan bola juga agak seimbang. Pujian harus diberikan kepada Akram dan Syamer yang banyak mengawal dan menggerakkan bahagian tengah, malah, sesekali membuat counter attack ke kawasan gol lawan. Begitu juga, gerakan Sumareh, Idlan, Zaquan Adha banyak menguji pertahanan lawan. 

Dua kali Thailand mendahului, dua kali juga Malaysia menyamakan kedudukan. Jaringan demi jaringan membakar semangat, pada masa yang sama memberi tekanan kepada setiap pemain dan pegawai, malah kepada semua penonton di stadium atau diluar.

Namun, jaringan penyamaan yang cantik oleh Syahmi dan Idlan akhirnya membawa skuad negara ke perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2018. Malang bagi Thailand yang dianugerahkan sepakan penalti di masa kecederaan, kerana tidak dapat disudahkan dengan jaringan oleh penyerang mereka, Adisak.

Apa pun, harapan kita sangat tinggi kepada skuad ini untuk membuktikan sesuatu atau menang di perlawanan akhir nanti. Vietnam atau Fillipina, kita harus tunjukkan kehebatan kepada mereka atau  kepada sesiapa pun. Ayuh rakyat Malaysia!, kita doakan skuad negara ini, mudah-mudahan beroleh kejayaan memenangi perlawanan akhir nanti..

Cuma, sesekali tersenyum simpul tengok perut2 boroi kedua-dua penyokong yang tidak berbaju semalam..haha

#kitakefinalAFFSuzukiCup2018
#doakankejayaanskuadnegaramalaysia
#tahniahHarimauMalaya




 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi