Rabu, 5 Disember 2012

Ada Taring Rupanya


Tahniah dan syabas kepada Harimau Malaya,,akhirnya anda membuktikan anda sbnarnya masih bertaring...tohmahan dan ktritikan telah berjaya anda serap dan terjemahkan dengan dua kemenangan ketika menentang laos dan indonesia dalam AFF Suzuki Cup...

Hati begitu puas setelah beberapa kali kecewa melihat kekalahan demi kekalahan...puas melihat kemenangan yang dicipta,apatah lagi ketika menyaksikan perlawanan dengan Indonesia tempoh hari...walau pun kadang-kadang terdapat kesilapan yang menyeriaukan, tetapi kepantasan mengatasi segala-gala...


Walau bagaimanapun,,,anda semua perlu memberikan fokus seratus-peratus kepada pertembungan menentang Thailand sabtu ini...saya selaku pemerhati tak dilantik ini mendoakan agar keputusan nanti memihak kepada kita...kalau tak masuk final pun, sekurang-kurangnya anda sudah membuktikan bahawa anda masih relevan berada di dalam skuad ini...


Kepada Raja Coach Malaysia,,,kami mengharapkan sentuhan taktikal yang dipertaruhkan nanti akan menjanjikan satu perlawanan yang hebat...Biar kering tekak, jangan kering idea...hehe...



Selamat Berjuang..!!

 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi