Memaparkan catatan dengan label SIMPANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SIMPANAN. Papar semua catatan

Rabu, 22 Januari 2020

Ke Mana Duitku Menghilang??


haloo semua..berjumpa lagi kita di catatan saya,,dan terima kasih kerana singgah sekejap disini atas sebab ilmu..jadi kali ini, saya ingin kongsikan tulisan saudara Shamsuddin Kadir dalam bukunya yang bertajuk Cash Flow Untuk lelaki...dalam buku ini, ada satu bab yang beliau utarakan iaitu Ke Mana Duitku Menghilang...


Dalam bab ini, beliau dengan terperinci membuat satu jadual Bedah Siasat tentang perbelanjaan hutang (ansuran rumah, kereta dsb), bil-bil utiliti (bil elektrik, Astro, air dsb), kenderaan/ kos perjalanan (servis kereta, cukai jalan, tukar tayar dsb), takaful (pendidikan, SSPN, perubatan dsb), peribadi & keluarga (duit poket diri sendiri, tuisyen anak, alat tulis, duit poket anak dsb), barangan bilik mandi (sabun, dobi bedaj dsb), makan (barang dapur, makan luar dsb), perayaan (tiket balik kampung, tol, baju baru dsb), derma/hadiah (sedekah, hadiah kahwin dsb), gajet (smartphone, aksesori dsb), lain-lain (kena tipu, MLM dsb), zakat/cukai (cukai pendapatan, zakat perniagaan dsb). 


Dan dengan jadual bedah siasat ini, kita terus nampak ke mana kah duit gaji kita dibelanjakan secara harian mahupun bulanan setelah pendapatan ditolak dengan perbelanjaan. Jadual ini juga boleh dijadikan rujukan untuk kita membuat jadual sendiri supaya "perjalanan duit" kita ke mana sebenarnya. Dengan itu, kita boleh mengetahui wang banyak dibelanjakan untuk apa?

Gambar sekadar hiasan

Paling penting saudara saudari sekalian ialah, jadual ini juga menunjukkan sejauh mana otak kita cerdik bagi menentukan sama ada kita yang mengawal nafsu, ataupun nafsu yang mengarahkan kita. menurut saudara Shamsuddin Kadir, ketika beliau mengadakan kursus atau seminar kewangan peribadi, didapati setiap 30 orang peserta tersebut, 27 orang daripadanya berbelanja dan mempunyai komitmen hutang melebihi jumlah keseluruhan pendapatan (gaji+pendapatan lain).


Beliau berpendapat bahawa, bedah siasat wang gaji perlu dilakukan kerana tanpa mengetahui status 'kesihatan kewangan' kita, adalah susah bagi kita mendapatkan 'ubat' dan antibiotik bagi menyembuhkan dan membunuh virus yang ada dalam diri kita..Beliau mencadangkan supaya kita bertanyakan diri sendiri bahawa berapa lama gaji kita bertahan?berapa jumlah komitmen untuk sebulan?kos-kos dibawah sedar kita?berapa besar hutang yang ditanggung?adakah kita sudah melampaui batasan berbelanja?adakah kita akan membuat perubahan dalam berbelanja?dan banyak lagi persoalan yang diutarakan semata-mata untuk memberikan gambaran sebenar status kewangan kita.


Pada hakikatnya, latihan ini sangat penting untuk memberikan kesedaran kepada kita dalam membuat keputusan sebelum berbelanja. Yang mana perlu diutamakan dan mana yang dibelakangkan terlebih dahulu. Bagi saya, bab ini akan membuka minda kita serta menyedarkan bahawa selama ini kita banyak berbelanja sia-sia sebab kita gagal merancang dari awal.

Itu sahaja perkongsian kali ini, kita jumpa di catatan yang akan datang..mudah-mudahan saya dapat kongsikan lagi tulisan saudara Shamsuddin Kadir untuk ilmu kita bersama..TQ

#KURANGKAN HUTANG TAMBAHKAN PENDAPATAN
#BEDAH SIASAT WANG ANDA

 INGIN MENAMBAH PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN?? HANYA MENGGUNAKAN SMARTPHONE, KINI LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI FINGO..ANDA SHARE ANDA DAPAT KOMISYEN..!!
↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙





 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi