Itu gambaran saya pada keadaan Skuad Harimau Malaya sekarang ini kerana hanya seri 2-2 dengan Vietnam semalam..apa pun, bola itu bulat, macam-macam boleh terjadi..kita doakan kejayaan mereka di final kedua nanti di gelanggang lawan.
Semalam, permainan Vietnam sudah dijangkan lebih kemas, bertenaga dan teratur malah tenang berhadapan dengan pemain kedua belas (penyokong) tempatan. Gol pertama mereka nampak mudah apabila gerakan pantas / counter attack mereka memberi tekanan sehingga bola tidak dapat dikeluarkan pertahanan (Naim) Malaysia dengan sempurna. Begitu juga gol kedua yang hadir selang 2 minit kemudian, dimana pertahanan Malaysia sekali lagi begitu alpa dan lambat menutup ruang.
Gol Malaysia yang dinantikan, tiba juga pada minit ke 35 apabila hantaran cantik Syamer Kutty ditanduk masuk oleh Shahrul Saad. Bersambung babak separuh masa kedua, pada minit ke 60, Safawi Rashid berjaya menambah gol melalui tendangan percuma yang cantik ke sebelah kanan gol lawan menjadikan kedudukan semasa 2-2.
Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai penguasaan bola yang lebih baik malah mempunyai hantaran-hantaran yang lebih banyak berbanding lawan. Skuad negara juga mempunyai gerakan-gerakan one-two yang menjadi tetapi tidak mampu menjaringkan gol. Pihak lawan yang banyak menggunakan taktik counter attack, berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Malaysia. Rata-rata pemain mereka mempunyai larian yang bertenaga dan laju. Dan inilah sebenarnya kelebihan mereka yang perlu dikekang oleh Malaysia. Malah, mereka tiada rasa gentar atau takut untuk beraksi di tempat lawan.
Diharapkan (mudah-mudahan) kepada skuad negara, mampu mempamerkan aksi lebih baik daripada aksi yang terbaik untuk kita membuktikan bahawa, kita sebenarnya masih mempunyai kualiti-kualiti yang boleh dibanggkan.
Perjalanan masih panjang!