Jumaat, 2 November 2018

Batu Karang


Haloo semua,,selamat petang dihari jumaat...Mudah-mudahan anda semua sihat-sihat dan comei-comei hendaknya..

Bercakap pasal kesihatan ni,,saya ada sedikit pengalaman berhadapan dengan pesakit buah pinggang..Pesakit kelihatan amat teruk kerana menahan kesakitan akibat daripada batu karang. Difahamkan batu karang ini terjadi akibat daripada kurangnya kita meminum air bersih, memakan makanan mengandungi garam berlebihan, kesan daripada pengambilan vitamin C yang berlebihan, faktor keturunan dan sebagainya. 

Kidney Stone @ batu karang

Berbalik kepada pesakit tadi, saya dapati dia demam, meracau, sakit sendi atau otot badan terasa lemah, sakit pinggang, mual dan muntah-muntah, serta sensitif terhadap bau-bauan. Jadi, mudah-mudahan simptom-simptom yang saya kongsikan ini dapat membantu anda mengenalpasti lebih awal tentang penyakit batu karang. Jika sekiranya berlaku dengan anda atau ahli keluarga, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lebih lanjut. 

Ini kerana, jika tidak dapat dikesan lebih awal, batu karang ini akan menutup saluran-saluran buah pinggang atau saluran air kencing. Akibatnya, akan mencederakan dinding saluran tersebut dan mudah dijangkiti kuman serta menyebabkan lain-lain penyakit akan timbul dan akan mempengaruhi atau menjejaskan fungsi jantung.

Kaedah rawatan pula keatas penyakit ini adalah pelbagai. Dalam kes pengalaman saya ini terhadap pesakit, batu karang yang telah tersekat pada saluran air kencing sebenarnya tidak dicabut keluar tetapi saluran tersebut hanya diregangkan atau dikembangkan untuk memudahkan batu karang tersebut hanyut bersama-sama air kencing. Selepas itu, pesakit akan dipantau dari masa ke semasa didalam wad.

Lidah Mertua

Selain daripada itu, kaedah rawatan tradisional juga ada diamalkan sejak dulu lagi dan difahamkan ramai yang telah mengamalkan kaedah rawatan ini dan terbukti berkesan. Maklumat ini telah saya perolehi melalui kawan-kawan, saudara mara dan orang lain. Iaitu, dengan mengamalkan meminum air rebusan tumbuhan yang dipanggil Lidah Mertua. Mengikut informer, batang tumbuhan ini perlu dihiris lima sebesar jari kemudian rebus dengan menggunakan air 2 gelas. Ketika air mula mendidih, tunggu sehingga 2 minit barulah api ditutup. Selepas itu, bolehlah diminum ketika masih suam atau suhu bilik. Difahamkan juga, air rebusan Lidah Mertua ini mampu menghakis batu karang tersebut sehingga mudah bergerak melalui salur-salur kecil sehingga dibuang bersama air kencing. 

Setakat ini saja perkongsian hari ini berkenaan dengan penyakit batu karang. Segala maklumat yang ada didalam posting ini adalah pengalaman semata-mata yang saya lihat sendiri dan dengar dari orang lain. Sekian..babai...!





   



 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi