Jumaat, 17 Januari 2020

Influenza yang menakutkan..



haloo semua..apa khabar anda hari ini..mudah-mudahan semuanya ceria dan sentiasa dalam keadaan yang positif ya gaiss..aura positif utu sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental kita..dan yang paling penting, rezeki hari ini adalah rezeki yang halal untuk kita semua..


pada saat ini, berita serangan virus INFLUENZA di negara kita sedang panas dan ianya amat menakutkan saya..di negeri Perak sahaja sudah diberitakan sebanyak 97 pelajar sekolah telah dijangkiti virus ini..negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan sebagainya turut mengalami perkara ini..virus ini sejenis flu, yang merupakan penyakit berjangkit daripada burung dan mamalia serta mengikut musim. Dan sudah semestinya, ia mudah merebak dan kita sebenarnya terdedah ketika berada di luar rumah.

menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam laporan myMETRO (Rabu, 8 januari 2020) , Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim itu hanya menyebabkan demam selesema ringan kepada orang biasa tetapi boleh mengakibatkan jangkitan yang teruk terhadap kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik. Influenza jangkitan dengan gejala utama seperti demam selesema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Apa Kaitan INFLUENZA & PENAPIS UDARA?

Tahukah Kita, bahawa kualiti udara dalam rumah adalah 2-3 kali lebih tercemar daripada luar rumah? Jadi, apabila kita dinasihatkan untuk berada di dalam rumah, kita mestilah memastikan udara dalam rumah kita bersih dan bebas daripada virus serta bakteria.

Punca-puncapencemaran udara dalam rumah adalah seperti Airborne Particle (diesel, exhaust, debu asap rokok, aircond dsb), Indoor Formaldehyde (kimia dari bangunan, perabot, masakan & asap rokok), Household Odors & Gases (sprt dari aktiviti mewarna, memasak&merokok, bersukan), Ozon (daripada udara luar yang bahaya seperti asap kilang, kenderaan dsb), Carbon Dioxide (daripada pernafasan manusia dan aktiviti memasak).

Jadi, apabila doktor nasihatkan kita untuk berada lama di dalam rumah berbanding di luar, maka kita kena juga berhati-hati dengan empat jenis pencemaran yang disenaraikan diatas tadi. Maka dengan itu, kita semua kena memasang PENAPIS UDARA 24 Jam.

Jadi gaiss,,kesimpulannya, kita kena sentiasa berhati-hati semasa berada diluar atau didalam rumah kerana pencemaran sentiasa ada dan selagi kita bernyawa, kita tidak berhenti untuk menghirup udara. Kalau kita berada diluar rumah, pastikan langkah berjaga-jaga diambil terutama musim VIRUS melanda dengan memakai penutup hidung. Dan, ketika berada didalam rumah pasanglah sekurang-kurangnya 1 atau 2 penapis udara di dalam rumah. kalau mampu, setiap bilik didalam rumah kena pasang untuk jaminan kebersihan udara sentiasa terjaga.

Saya sudah pasang..

Dan inilah yang saya ingin katakan kepada anda bahawa saya sebelum ini pernah menulis artikel berkenaan dengan produk Cuckoo yang saya langgan iaitu Penapis Air dan Penapis Udara. Testimoni saya sendiri, bahawa pemasangan penapis udara ini sangat bagus kerana mampu membersihakn udara daripada partikel-partikel atau debu/ habuk halus di dalam rumah. Bau-bau hapak daripada perabot juga turut hilang, termasuk bau-bau asap kereta atau rokok yang masuk ke dalam rumah..Pada produk ini, ianya mempunyai sensor yang boleh memberitahu kita tentang kualiti udara. Misalnya, kalau kualiti udara kita tidak baik, cahaya merah akan menyala, dan kalau udara bagus, warna akan bertukar menjadi kebiru-biruan seperti gambr di bawah..

Penapis Udara C Model
Untuk pengetahuan anda, Cuckoo ada beberapa model penapis udara dengan design, spek, dan harga yang berbeza seperti gambar di bawah untuk pilihan anda..


So,, itu sahaja perkongsian hari ini..mudah-mudahan ada sedikit manfaat yang anda boleh dapat dan boleh sebarkan kepada kawan-kawan atau saudara mara dan ahli keluarga untuk kesihatan yang lebih berkualiti.


#KURANGKAN HUTANG TAMBAHKAN PENDAPATAN
#KUALITI HIDUP TERBAIK ADALAH SIHAT



INGIN MENAMBAH PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN?? HANYA MENGGUNAKAN SMARTPHONE, KINI LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI FINGO..ANDA SHARE ANDA DAPAT KOMISYEN..!!
↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙



Khamis, 16 Januari 2020

POKET BOCOR TETAPI PENUH..


haloo semua,,selamat pagi..semoga anda berada dalam lindungan tuhan yang maha kuasa, sihat sejahtera dan bahagia disamping orang tersayang...juga mudah-mudahan kita semua mendapat rezeki yang halal lagi untuk hari ini..


untuk kali ini gaiss,,saya ingin berkongsi sedikit tentang kandungan buku yang ditulis oleh saudara Shamsuddin Kadir yang bertajuk CASH FLOW UNTUK LELAKI - Poket Bocor Tetapi Penuh..buku ini telah dicetak ulang sebanyak 4 kali..yang pertama pada tahun 2017, dua kali pada tahun 2018 dan yang terakhir pada tahun 2019. Buku ini saya beli pada penghujung tahun 2019. Kesimpulan keseluruhan buku ini adalah SANGAT2 BAGUS sebagai panduan kita dalam merancang kewangan sebagai seorang LELAKI..kalau saya tidak silap, saudara SK juga ada mengeluarkan buku seperti ini khas untuk wanita..


topik yang dibincangkan dalam buku ini juga sangat banyak dan terperinci sekali serta menarik dan 'mengetuk' otak/ minda kita bagaimana menjadi seorang lelaki yang MATANG dalam hal-hal kewangan. saya sendiri banyak kali 'diketuk' ketika membaca buku ini gaiss..terasa diri terlalu LALAI dalam bab-bab kewangan, terutama dalam bab berbelanja, menyimpan atau melabur..

buku ini mengandungi 59 topik yang boleh membimbing kita untuk menjadi lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan seharian. malah, menjadikan kita lebih matang dan bijak menguruskan duit poket..dimana, buku ini banyak membincangkan budaya berbelanja boros ketika perayaan dan perkahwinan, bagaimana memilih konsultan kewangan yang terbaik, ke mana duit harus dilaburkan, bagaimana emas membuat keuntungan, kepentingan sedekah, malah disediakan jadual bedah siasat wang gaji, simpanan dan pelaburan dan pelbagai topik lagi..

mungkin di catatan yang akan datang ini, saya akan mengupas lebih dalam dan bertumpu lagi kepada topik-topik yang penting, yang ada di dalam buku ini khas untuk anda yang tidak berkesempatan untuk membeli buku ini..harga buku ini berharga hanya RM25.00 (sem.Malaysia) dan RM27.00(sbh/swk)..

bagi anda yang inginkan 'ketukan-ketukan' positif ini, saya syorkan untuk mendpatkan mana-mana buku panduan kewangan yang ada di pasaran..banyak buku-buku yang berkaitan ini terdapat di pasaran sekarang, termasuklah buku saudara SK..

so, itu saja untuk kali ini, jumpa di catatan yang akan datang..tq



#KURANGKAN HUTANG TAMBAHKAN PENDAPATAN


INGIN MENAMBAH PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN?? HANYA MENGGUNAKAN SMARTPHONE, KINI LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI FINGO..ANDA SHARE ANDA DAPAT KOMISYEN..!!
↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙




Rabu, 15 Januari 2020

Penapis Air Pelbagai Suhu


haloo semua,,apa khabar anda hari ini??mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja ya..saya mendoakan agar kita semua memperoleh rezeki halal yang berlipat ganda hari ini dan hari-hari seterusnya..


posting saya sebelum ini bercaap mengenai Produk CUCKOO dan saya adalah ejen CUCKOO right? so, hari ini saya nak cerita cikit la pasal 2 produk cuckoo yang telah saya sendiri gunakan sejak Julai tahun lepas..dan inilah kelebihan sebenarnya ejen-ejen yang menjadi pengguna produk CUCKOO ini kerana kami dapat merasai sendiri kelebihan produk tersebut..


di pendekkan cerita, ketika kawan saya memperkenalkan saya kepada produk ini, saya sebenarnya memang pun sedang menimbang untuk membeli produk PENAPIS AIR yang ada suhu sejuk dan panas sebab mudah untuk saya dan isteri menyediakan susu anak..saya terus merebut peluang daripada kawan saya itu kerana peluang yang ditawarkan sangat LUAR BIASA, dimana kita sebagai pengguna, juga BOLEH MENJANA PENDAPATAN sebagai ejen..


selepas menerima dan menggunakan barang tersebut yang dikenali sebagai penapis air Cuckoo Model King Top,,urusan kami suami isteri lebih mudah..tidak perlu lagi susah-susah untuk menjerang air kemudian memasukkan ke dalam flusk..kini, hanya tekan butang panas dan sejuk pada produk tersebut, air susu dan siap dengan cepat..tidak lagi susah-susah untuk angkat flusk dan botol air setiap kali menyediakan susu anak..


begitu juga kalau kami mau minum air sejuk ka, panas ka, suam ka, x berapa suam ka, x berapa sejuk ka atau apa-apa suhu kecuali beku boleh dilaraskan dalam produk ini..sejak ada produk ini, kami tidak lagi membekukan air menjadi ketulan ais sebab suhu sejuk KING TOP ini macam ais juga..


dan dari segi bil elektrik juga tidaklah begitu membebankan walaupun produk ini dipasang 24 jam sehari..seingat saya, dalam setiap bulan tu, bil yang bertambah sejak pemasangan produk ini hanya sekitar RM10.00 sahaja...saiz juga tidak memakan ruang yang besar sebab  lebarnya lebih kurang 22cm dan tinggi/panjang sekitar 40cm sahaja..untungnya lagi, servis penukaran filter dan alat ganti juga adalah percuma selama 5 tahun(pilihan sendiri) dan dibuat sekali dalam setiap 4 bulan..serta pemasangan dan penghantaran produk ini juga adalah PERCUMA gaiss..


Spesifikasi King Top

Penapis Air King Top


so, sangat berbaloi juga menggunakan produk penapis air dari CUCKOO ini, sebab ketika kita menggunakan produk yang bagus, kita juga diberi peluang untuk menjana pendapatan RIBU-RIBU sebagai usahawan CUCKOO..produk yang satu lagi tu, nanti saya ceritakan kemudian ya gaiss..

bagi yang sedang tercari-cari peluang untuk memajukan hidup sendiri,, saya sarankan kepada anda, REBUTLAH PELUANG ini sekarang...boleh tinggalkan mesej pada ruangang yang tersedia..TQ


#KURANGKAN HUTANG, TAMBAHKAN PENDAPATAN



INGIN MENAMBAH PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN?? HANYA MENGGUNAKAN SMARTPHONE, KINI LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI FINGO..ANDA SHARE ANDA DAPAT KOMISYEN..!!
↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙





Selasa, 14 Januari 2020

Jana Pendapatan Di CUCKOO


haii semuaa pembaca yang budiman...


apa khabar hari ini?mudah-mudahan anda sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan sihat dalam mencari rezeki..mudah-mudahan rezeki anda diberkati tuhan dan dilimpah ruahkan..amiin


saya hari ini ingin memaklumkan berita BAIK kepada sesiapa yang inginkn pekerjaan secara tetap atau sampingan dengan PENDAPATAN yang lumayan..bukan MLM tetapi ini pekerjaan yang kita kena usahakan..LEBIH banyak usaha anda. lebih BANYAK anda boleh dapat..


pasti ramai yang tahu pasal CUCKOO kan??Dato' Siti Nurhaliza merupakan DUTA CUCKOO di Malaysia dan pelakon terkenal antarabangsa RAIN dari Korea..CUCKOO baru sahaja melancarkan produk baru mereka seperti INDUCTO dan SKINCARE Wonderlab pada tahun ini..bagi yang tak tau banyak pasal CUCKOO, syarikat ini adalah pengeluar Produk Penapis Air, Penapis Udara, Periuk Nasi dan Dapur Elektrik..dan setiap produk ini mempunyai banyak model dan harga serta spesifikasi yang tersendiri..boleh google web page CUCKOO untuk lebih lanjut..cuma, untuk membeli, saya adalah antara ribuan ejen sah untuk menerima dan mengurus tempahan produk yang anda perlukan..


Produk CUCKOO

dari segi teknologi dan rekabentuk produk adalah yang terkini, berteknologi tinggi dan moden..bagi mereka yang pentingkan kesihatan, CUCKOO lah pilihan terbaikk..


dan melalui CUCKOO juga, kita boleh mengaut pendapatan yang berlipat kali ganda jika kena pada tempatnya..kawan saya, yang lebih dulu berkecimpung dalam bidang ini, pada bulan ketiga sudah memperolah belasan ribu..untuk lebih lanjut tentang strategi ini, saya atau group kami boleh menjelaskan kepada anda..boleh DIRECT / PERSONAL Message saya dan boleh dapatkan nombor contact saya di https://store.cuckoo.com.my/estore/Tarada99/..ini adalah estore rasmi bagi ejen-ejen yang sah di Malaysia, dan jika anda juga ditakdirkan menjadi ejen, anda juga akan diberikan page seperti ini..semua ejen sah di Malaysia ada estore seperti ini..

Produk Dapur Elektrik yang baru - INDUCTWO

so, kepada anda yang berminat dalam dunia perniagaan online secara sepenuh masa atau secara sambilan,,ini lah masanya anda untuk merebut peluang di CUCKOO kerana peluang bersama CUCKOO masih luas di negara ini..sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan mesej pada ruangan tersedia dan boleh juga DM/PM saya..sekian

#kurangkan hutang, tambahkan pendapatan


INGIN MENAMBAH PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN?? HANYA MENGGUNAKAN SMARTPHONE, KINI LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI FINGO..ANDA SHARE ANDA DAPAT KOMISYEN..!!
↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙


Isnin, 13 Januari 2020

2020 dan perpaduan..


haii semua rakan-rakan yang sempat singgah di page saya yang tak seberapa ini..salam sejahtera dan mudah-mudahan anda dalam keadaan yang terbaik untuk menjalani kehidupan seharian..serta, mudah-mudahan rezeki anda hari ini seperti yang diharapkan..

tak lupa juga,,saya ucapkan selamat menganjak ke tahun yang baru "2020"..hari ini hari yang ke 13 dalam bulan 1 tahun 2020..mudah-mudahan tahun ini adalah tahun yang boleh membawa tuah dan tahun melangsaikan azam yang ditanam atau azam yang belum tertunai pada anda semua..

saya sebenarnya masih tersenyum sengih sebab teringat kata-kata kawan beberapa hari lalu.."..kau ada nempak kereta terbang ka di KK td?" soalnya ketika itu kerana pada waktu itu, saya baru sampai kampung dari KK..kami semua disitu ketawa besar..haha

yaa,,kami masih ingat pada waktu kecil bahawa perkara-perkara seperti itu akan terjadi menjelang 2020..ya,,wawasan 2020 meletakkan pemikiran kami pada waktu itu, bahawa tahun 2020 akan wujud kereta terbang, wujud benda-benda sofistikated dan sebagainya..biasa la, masa itu kandungan wawasan 2020 pun tak tahu...rupanya, kereta terbang tiada dalam kerangka wawasan 2020 seperti kata PM sekarang..

cuma sekarang ini, dalam tahun 2020,,pada pendapat saya, negara maju belum tercapai sepenuhnya selagi PERPADUAN tiada dalam kamus kehidupan semua warga..realitinya, ramai yang tahu erti kata PERPADUAN, namun orang-orang yang dekat dengan keinginan mendapat KUASA lah yang sering mengganggu gugat PERPADUAN itu..perkara ini sepatutnya tidak diambil kesempatan dalam banyak isu yang berlaku...ketika ada sesuatu isu berlaku di negara ini, maka disanalah kesempatan diambil untuk menyerang satu-satu ras kaum, agama, keturunan dan sebagainya..

maka berlakulah banding membanding, cabar mencabar, ugut mengugut dan sebagainya..dan inilah juga yang banyaknya disiarkan oleh media massa terutama dalm media sosial..tulisan-tulisan yang berkaitan dengan seruan perpaduan hampir tiada. apabila ada yang menyuarakan kebimbangan, masih ada segolongan yang menyalahkan kaum-kaum atau agama tertentu..pada saya, kalau mau beri komen,,komenlah secara positif..tak perlu lagi menyimbah minyak tanah keatas api..sudah komen bagus-bagus, tapi dipenghujung komen tiba-tiba keluar.."..kalau bukan (kaum) mereka, perkara ini tidak jadi begini..."

dalam hal ini,,saya yakin, kalau SEMUA MENTERI tak kira pembangkang atau kerajaan tidak memainkan isu-isu sensitif seperti ini, PERPADUAN di negara ini tidak akan hancur...perasaan curiga dan syak wasangka dikalangan kaum tidak akan TIMBUL...malah ketakutan dan fobia tidak akan MUNCUL..semua warga bertanggungjawab ke atas warga negara ini..kita perlu berganding bahu..jangan mengharapkan sesuatu individiu atau entiti yang membuat kerja pemulihan ke atas kerosakan ini..KITA SEMUA kena bertanggungjawab memulihkan..tak kira kita sendiri perosaknya atau tidak, semua warga yang SAH kena bertindak..tak perlu tindakan BESAR pun..cukup mulakan dengan belajar menghormati orang lain..

saya yakin, semua warga inginkan kesejahteraan...saya percaya semua warga perlukan kasih sayang..oleh sebab itu, marilah mulakan semula langkah ini dengan bersedia menerima kepelbagaian kaum di negara ini...jadikan kepelbagaian ini sebagai KEKUATAN kita..kerana dengan hanya KESATUAN inilah kita boleh MAJU KE HADAPAN dengan gemilang.. 

Rakyat malaysia sporting ba kannn...peace no war!

 

 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi