Memaparkan catatan dengan label LELAKI MATANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LELAKI MATANG. Papar semua catatan

Khamis, 16 Januari 2020

POKET BOCOR TETAPI PENUH..


haloo semua,,selamat pagi..semoga anda berada dalam lindungan tuhan yang maha kuasa, sihat sejahtera dan bahagia disamping orang tersayang...juga mudah-mudahan kita semua mendapat rezeki yang halal lagi untuk hari ini..


untuk kali ini gaiss,,saya ingin berkongsi sedikit tentang kandungan buku yang ditulis oleh saudara Shamsuddin Kadir yang bertajuk CASH FLOW UNTUK LELAKI - Poket Bocor Tetapi Penuh..buku ini telah dicetak ulang sebanyak 4 kali..yang pertama pada tahun 2017, dua kali pada tahun 2018 dan yang terakhir pada tahun 2019. Buku ini saya beli pada penghujung tahun 2019. Kesimpulan keseluruhan buku ini adalah SANGAT2 BAGUS sebagai panduan kita dalam merancang kewangan sebagai seorang LELAKI..kalau saya tidak silap, saudara SK juga ada mengeluarkan buku seperti ini khas untuk wanita..


topik yang dibincangkan dalam buku ini juga sangat banyak dan terperinci sekali serta menarik dan 'mengetuk' otak/ minda kita bagaimana menjadi seorang lelaki yang MATANG dalam hal-hal kewangan. saya sendiri banyak kali 'diketuk' ketika membaca buku ini gaiss..terasa diri terlalu LALAI dalam bab-bab kewangan, terutama dalam bab berbelanja, menyimpan atau melabur..

buku ini mengandungi 59 topik yang boleh membimbing kita untuk menjadi lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan seharian. malah, menjadikan kita lebih matang dan bijak menguruskan duit poket..dimana, buku ini banyak membincangkan budaya berbelanja boros ketika perayaan dan perkahwinan, bagaimana memilih konsultan kewangan yang terbaik, ke mana duit harus dilaburkan, bagaimana emas membuat keuntungan, kepentingan sedekah, malah disediakan jadual bedah siasat wang gaji, simpanan dan pelaburan dan pelbagai topik lagi..

mungkin di catatan yang akan datang ini, saya akan mengupas lebih dalam dan bertumpu lagi kepada topik-topik yang penting, yang ada di dalam buku ini khas untuk anda yang tidak berkesempatan untuk membeli buku ini..harga buku ini berharga hanya RM25.00 (sem.Malaysia) dan RM27.00(sbh/swk)..

bagi anda yang inginkan 'ketukan-ketukan' positif ini, saya syorkan untuk mendpatkan mana-mana buku panduan kewangan yang ada di pasaran..banyak buku-buku yang berkaitan ini terdapat di pasaran sekarang, termasuklah buku saudara SK..

so, itu saja untuk kali ini, jumpa di catatan yang akan datang..tq



#KURANGKAN HUTANG TAMBAHKAN PENDAPATAN


INGIN MENAMBAH PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN?? HANYA MENGGUNAKAN SMARTPHONE, KINI LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI FINGO..ANDA SHARE ANDA DAPAT KOMISYEN..!!
↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙




 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi