Selasa, 16 Julai 2013

Menang Tak Penting??


Salam semua..dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia...

Hari ini keluar tajuk akhbar online BH "Menang Tak Penting" yang merujuk kepada pendirian Datuk Rajagobal tentang perlawanan persahabatan pasukan negara menentang Chonburi FC pada malam ini..


Walaupun beliau menegaskan bahawa perlawanan ini bukanlah semata-mata mahu mencapai kemenangan tetapi hanya mahu mencari rentak pemain, saya amat berharap sangat, beliau mahukan sebaliknya dan memberi dorongan kepada para pemain supaya memenangi perlawanan tersebut...


Tak kira la, lawan itu berstatus apa pun...pada saya kemenangan itu penting untuk mengembalikan keyakinan pemain...dan apabila ada misi mahu menang, saya rasa permainan juga akan menjadi lebih kreatif dan menarik..itupun kalau pemain dapat menyerap segala tekanan dan cepat membuat keputusan dalam detik yang pantas...selalunya saya dapat melihat situasi ini berlaku, pemain lebih gemar mengeluarkan bola daripada mengawalnya terlebih dahulu kemudian melorongkan kepada pemain yang lebih selamat..namun, keadaan seperti itu perlu ada sokongan pemain lain dgn seberapa segera...saya sebenarnya teringin sangat melihat kawalan bola yang lama oleh pasukan negara kerana keadan itu jarang-jarang berlaku..


Berbalik kepada cerita tadi,,,pada saya, kenyataan itu biarlah, sebab sudahpun dinyatakan oleh beliau..yang penting setiap permainan perlu ada kualiti yang boleh dibanggakan walaupun kalah,tapi kalau menang lagi bagus laa...kalau permaianan bagus/berkualiti tapi x pernah menang pun rugi jg...


Kemenangan itu motivasi yang baik,,kekalahan pula sebaliknya...

Kepada para pemain, tugas anda berat..bersedia la setiap masa..



- Perjuangan Masih Jauh - 


 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi