Jumaat, 12 Oktober 2018

Tersipu Malu...


AFC U16..


Sempat menonton perlawanan Jepun menentang Australia dalam saingan Piala AFC U16 melalui siaran tertunda ASTRO 802 pada beberapa minggu yang lepas...masih jelas diingatan akan permainan kedua-dua pasukan..begitu memukau dan mengejutkan kerana kematangan permainan yang sangat jelas disitu..skill individunya, taktikalnya, semangat juangnya, dan sebagainya..adakah saya menonton perlawanan antarabangsa diantara Sepanyol dan Brazil??saya terbuai dengan corak permainan,,saya terpukau dengan kemahiran individu yang tinggi, yang dipamerkan..rasanya kad kuning tiada langsung dikenakan apatah lagi kad merah..

(sumber: http://www.goal.com)

Disiplinnya begitu tinggi..dan apabila saya 'ter' tonton perlawanan di antara UKM FC dan Terengganu FC pada baru-baru ini di ASTRO..saya terus teringat akan kualiti permainan diantara Jepun dan Australia, dengan serta merta saya tersipu malu..mungkin saya silap menilai, mungkin saya tidak melihat banyak aspek ketika membuat kesimpulan, tetapi, saya harap anda menontonnya sendiri melalui siaran ulangan ataupun melalui media elektronik yang ada, kemudian anda nilailah sendiri..


Mungkin pemain Jepun dan Australia ini mewakili negara mereka, manakala UKM FC vs Terengganu FC hayalah sebuah kelab..tetapi jangan kita lupa bahawa mereka itu (Jepun & Australia) hanyalah berumur 16 tahun dan kebawah..bukanlah saya memperlekehkan pasukan bolesepak yang ada di negara ini, tetapi kita perlu belajar sesuatu daripada hal ini..terutamanya pihak-pihak yang berkenaan..

Entahlaa...





Khamis, 11 Oktober 2018

Kalah Kosong, Menang Penuh


Salam hormat semua pembaca...
Mudah-mudahan anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan ceria..


Saya terpanggil untuk membuat sedikit komen tentang trend sokongan penyokong sesebuah kelab bolasepak tanah air kerana ramai kawan-kawan yang mengulas dan saling berbalas pendapat..Pada ketika ini, Piala Cabaran dan Piala Malaysia sedang rancak berlangsung dan hampir ke penghujung pertandingan atau perlawanan. Pada masa yang sama juga, Piala AFC U16 baharu juga selesai dimana Jepun menjuarainya dengan kemenangan tipis ke atas Tajikistan 1-0. 


Tumpuan saya ketika ini ialah Piala Malaysia dan memfokuskan terhadap trend sokongan penyokong terhadap kelab bolasepak masing-masing. Dimana, sokongan ini akan semakin meningkat jika pasukan berkenaan memenangi perlawanan. Jika sekiranya kalah, sokongan tersebut dengan mendadaknya turun serta merta menyebabkan stadium kembali sepi. Pada pendapat saya, trend ini tidaklah berapa baik untuk perkembangan sesebuah pasukan kerana pasukan-pasukan ini sememangnya memerlukan pemain ke-12 mereka dari luar padang iaitu penyokong. Sudah tentulah pasukan ini memerlukan dorongan motivasi dan membakar semangat mereka untuk berjuang habis-habisan.

Gambar hiasan (sumber: sabahup2date.blogspot)



Paling penting sekali ialah, sokongan ini tidak berbelah bahagi dimana, walau menang dan kalah sekalipun, sokongan yang berterusan adalah tetap ditunjukkan dengan datang menyaksikan aksi mereka di stadium, tak kira lah di tempat sendiri atau tempat lawan. Kebergantungan terhadap kelab penyokong tidak mencukupi kerana kumpulan ini mampunyai pengikut yang sedikit dan perlu diperkasakan oleh mereka yang berkemampuan untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kelab penyokong ini dan juga menambah ahli.

Walau bagaimanapun, usaha kelab atau pasukan untuk meningkatkan prestasi pemain haruslah dipergiatkan termasuk perancangan dan taktikal permainan. Dengan harapan, pasukan tersebut dapat mempamerkan permainan yang memukau (individual n team skill) supaya penyokong tidak menyalahkan dan menghukum 100% pasukan walaupun ditakdirkan kalah dalam perlawanan. Pada masa yang sama, program mendekati penyokong seharusnya dipergiatkan oleh kelab-kelab ini. Serta memberikan peluang kepada penyokong untuk memberikan pandangan dan input-input berguna kepada pasukan.

Akhirnya, jika hubungan diantara penyokong dan kelab ini terjalin dengan baik, saya fikir trend sokongan ini mampu dielakkan, malahan mampu memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Entah dimana silapnya..?he..



 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi