Rabu, 14 November 2018

AFF SUZUKI 2018: Malaysia VS Laos



Aksi kedua AFF Suzuki bagi Kumpulan A diantara Malaysia dan Laos, menyaksikan kemenangan kedua buat skuad negara dengan jaringan 3-1. Sebelum itu, skuad negara telah dikejutkan dengan jaringan awal pihak lawan melalui sepakan percuma jarak jauh yang berjaya menewaskan penjaga gol negara Khairul Fahmi. 

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad negara telah menggandakan serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan melalui Zaquan Adha hasil umpanan cantik Muhammad Syahmi. Selepas itu, pasukan negara meneruskan penguasaan bola dan melakukan serangan namun tidak menemui penyudah jaringan.



Bersambung di babak kedua, Malaysia akhirnya berjaya menyumbat 2 lagi gol pada minit-minit akhir melalui Norsahrul Idlan Talaha. Gol lewat tersebut akhirnya memastikan kemenangan buat pasukan negara dan mengutip 3 mata penuh dan mengumpul 6 mata selepas perlawanan kedua.  

Pada perlawanan ini, saya melihat Muhammad Syahmi, pemain pertahanan sayap kanan banyak membantu pasukan dengan gerakan dan umpanan cantik. Begitu juga, pemain tengah (Akram dan Syafiq) begitu konsisten mengawal bahagian tengah dan merancang serangan. Sesekali melihat skill yang ditunjukkan oleh Akhyar Rashid dan Muhamad Safawi, begitu mengujakan dan menghiburkan.



Jumaat, 9 November 2018

AFF SUZUKI 2018: Malaysia Vs Kemboja


AFF Suzuki 2018...

Perlawanan pertama pasukan negara Malaysia, menghasilkan kemenangan pertama apabila berjaya mengalahkan pasukan tuan rumah (Kemboja) dengan jaringan 1-0, hasil tandukan Norsahrul Idlan Talaha pada minit ke 30 separuh masa pertama.

Walau bagaimanapun, rentak permainan pasukan negara nampak bergelut sedikit apabila penguasaan permainan berpihak kepada pasukan tuan rumah, lebih 60 peratus. Kawalan dan hantaran bola nampak tidak menjadi buat pasukan negara. Namun, ketika memasuki minit ke 20, pasukan negara hampir-hampir menjaringkan gol tetapi rembatan kaki kiri Safawi Rashid terkena tiang gol pasukan Kemboja.



Tersentak dengan gol tersebut, pasukan tuan rumah menambah asakan demi asakan namun berjaya diserap oleh pertahanan negara. Memasuki separuh masa kedua, pasukan negara semakin selesa dan menguasai bola serta mencipta banyak peluang jaringan namun, nasip tidak menyebelahi mereka. Sehingga ke wisel penamat, jaringan tunggal Norsahrul memastikan pasukan negara mengutip 3 mata penuh di tempat lawan.

Tahniah diucapkan kepada jurulatih negara, Tan Chen Ho dan anak-anak buah kerana berjaya mencipta kemenangan sulung ini. Mudah-mudahan pasukan negara mampu mengekalkan kejayaan tersebut.

 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi