tak lupa juga,,saya ucapkan selamat menganjak ke tahun yang baru "2020"..hari ini hari yang ke 13 dalam bulan 1 tahun 2020..mudah-mudahan tahun ini adalah tahun yang boleh membawa tuah dan tahun melangsaikan azam yang ditanam atau azam yang belum tertunai pada anda semua..
saya sebenarnya masih tersenyum sengih sebab teringat kata-kata kawan beberapa hari lalu.."..kau ada nempak kereta terbang ka di KK td?" soalnya ketika itu kerana pada waktu itu, saya baru sampai kampung dari KK..kami semua disitu ketawa besar..haha
yaa,,kami masih ingat pada waktu kecil bahawa perkara-perkara seperti itu akan terjadi menjelang 2020..ya,,wawasan 2020 meletakkan pemikiran kami pada waktu itu, bahawa tahun 2020 akan wujud kereta terbang, wujud benda-benda sofistikated dan sebagainya..biasa la, masa itu kandungan wawasan 2020 pun tak tahu...rupanya, kereta terbang tiada dalam kerangka wawasan 2020 seperti kata PM sekarang..
cuma sekarang ini, dalam tahun 2020,,pada pendapat saya, negara maju belum tercapai sepenuhnya selagi PERPADUAN tiada dalam kamus kehidupan semua warga..realitinya, ramai yang tahu erti kata PERPADUAN, namun orang-orang yang dekat dengan keinginan mendapat KUASA lah yang sering mengganggu gugat PERPADUAN itu..perkara ini sepatutnya tidak diambil kesempatan dalam banyak isu yang berlaku...ketika ada sesuatu isu berlaku di negara ini, maka disanalah kesempatan diambil untuk menyerang satu-satu ras kaum, agama, keturunan dan sebagainya..
maka berlakulah banding membanding, cabar mencabar, ugut mengugut dan sebagainya..dan inilah juga yang banyaknya disiarkan oleh media massa terutama dalm media sosial..tulisan-tulisan yang berkaitan dengan seruan perpaduan hampir tiada. apabila ada yang menyuarakan kebimbangan, masih ada segolongan yang menyalahkan kaum-kaum atau agama tertentu..pada saya, kalau mau beri komen,,komenlah secara positif..tak perlu lagi menyimbah minyak tanah keatas api..sudah komen bagus-bagus, tapi dipenghujung komen tiba-tiba keluar.."..kalau bukan (kaum) mereka, perkara ini tidak jadi begini..."
dalam hal ini,,saya yakin, kalau SEMUA MENTERI tak kira pembangkang atau kerajaan tidak memainkan isu-isu sensitif seperti ini, PERPADUAN di negara ini tidak akan hancur...perasaan curiga dan syak wasangka dikalangan kaum tidak akan TIMBUL...malah ketakutan dan fobia tidak akan MUNCUL..semua warga bertanggungjawab ke atas warga negara ini..kita perlu berganding bahu..jangan mengharapkan sesuatu individiu atau entiti yang membuat kerja pemulihan ke atas kerosakan ini..KITA SEMUA kena bertanggungjawab memulihkan..tak kira kita sendiri perosaknya atau tidak, semua warga yang SAH kena bertindak..tak perlu tindakan BESAR pun..cukup mulakan dengan belajar menghormati orang lain..
saya yakin, semua warga inginkan kesejahteraan...saya percaya semua warga perlukan kasih sayang..oleh sebab itu, marilah mulakan semula langkah ini dengan bersedia menerima kepelbagaian kaum di negara ini...jadikan kepelbagaian ini sebagai KEKUATAN kita..kerana dengan hanya KESATUAN inilah kita boleh MAJU KE HADAPAN dengan gemilang..
Rakyat malaysia sporting ba kannn...peace no war!