Khamis, 11 Oktober 2018

Kalah Kosong, Menang Penuh


Salam hormat semua pembaca...
Mudah-mudahan anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan ceria..


Saya terpanggil untuk membuat sedikit komen tentang trend sokongan penyokong sesebuah kelab bolasepak tanah air kerana ramai kawan-kawan yang mengulas dan saling berbalas pendapat..Pada ketika ini, Piala Cabaran dan Piala Malaysia sedang rancak berlangsung dan hampir ke penghujung pertandingan atau perlawanan. Pada masa yang sama juga, Piala AFC U16 baharu juga selesai dimana Jepun menjuarainya dengan kemenangan tipis ke atas Tajikistan 1-0. 


Tumpuan saya ketika ini ialah Piala Malaysia dan memfokuskan terhadap trend sokongan penyokong terhadap kelab bolasepak masing-masing. Dimana, sokongan ini akan semakin meningkat jika pasukan berkenaan memenangi perlawanan. Jika sekiranya kalah, sokongan tersebut dengan mendadaknya turun serta merta menyebabkan stadium kembali sepi. Pada pendapat saya, trend ini tidaklah berapa baik untuk perkembangan sesebuah pasukan kerana pasukan-pasukan ini sememangnya memerlukan pemain ke-12 mereka dari luar padang iaitu penyokong. Sudah tentulah pasukan ini memerlukan dorongan motivasi dan membakar semangat mereka untuk berjuang habis-habisan.

Gambar hiasan (sumber: sabahup2date.blogspot)



Paling penting sekali ialah, sokongan ini tidak berbelah bahagi dimana, walau menang dan kalah sekalipun, sokongan yang berterusan adalah tetap ditunjukkan dengan datang menyaksikan aksi mereka di stadium, tak kira lah di tempat sendiri atau tempat lawan. Kebergantungan terhadap kelab penyokong tidak mencukupi kerana kumpulan ini mampunyai pengikut yang sedikit dan perlu diperkasakan oleh mereka yang berkemampuan untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kelab penyokong ini dan juga menambah ahli.

Walau bagaimanapun, usaha kelab atau pasukan untuk meningkatkan prestasi pemain haruslah dipergiatkan termasuk perancangan dan taktikal permainan. Dengan harapan, pasukan tersebut dapat mempamerkan permainan yang memukau (individual n team skill) supaya penyokong tidak menyalahkan dan menghukum 100% pasukan walaupun ditakdirkan kalah dalam perlawanan. Pada masa yang sama, program mendekati penyokong seharusnya dipergiatkan oleh kelab-kelab ini. Serta memberikan peluang kepada penyokong untuk memberikan pandangan dan input-input berguna kepada pasukan.

Akhirnya, jika hubungan diantara penyokong dan kelab ini terjalin dengan baik, saya fikir trend sokongan ini mampu dielakkan, malahan mampu memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Entah dimana silapnya..?he..



Rabu, 10 Oktober 2018

Nulu Tinorindak Kundasang


Salam hormat semua..
Terima kasih kerana singgah di laman ini..


Kali ini pun, cerita throwback juga macam posting sebelum ini..dan ini juga tentang daki mendaki bukit @hiking tapi kali ini di Tinorindak Hill pula. Bukit yang terletak di Kg. Lembah Permai, Kundasang ini mempunyai ketinggian 1720 meter sahaja..kalau yang biasa hiking boleh sampai puncak dalam 1 jam 30 minit ke 2 jam sahaja. Bagi saya yang jarang-jarang hiking ni, mau 2 jam lebih juga la baru sampai puncak..
bergambar di hadapan pejabat urusan Tinorindak Hill



bergambar sebelum masuk hutan dalam gelap
Cabaran semasa mendaki..biasa laitu curam dan licin. Jadi, kena pakai kasut dan pakaian yang bersesuaian. Lebih-lebih lagi kalau ambil pakej Sunrise/sunset view kerana pendakian akan bermula pada jam3 pagi (kalau tak silap). Jadi, suhunya agak sejuk juga, lebih-lebih lagi kalau peluh sudah mula membasahi badan..Info penting: ada pacat di satu kawasan lembap, so bagi yang tidak suka dengan haiwan-haiwan kiut tersebut, pakailah pakaian yang bersesuaian hehe..

ketinggian 1720.88 meter sahaja
Sepanjang pendakian ini (waktu malam/subuh), cabarannya lebih kepada kesiapsagaan pendaki terhadap keselamatan masing-masing kerana tahap penglihatan adalah terhad walaupun masing-masing ada membawa torchlight. Tanah yang dipijak juga agak sukar untuk dikenalpasti sama ada lembut/licin atau tidak. Begitu juga dengan binatang atau serangga kecil yang merbahaya. Namun, info yang kami terima, haiwan pemangsa tiada dikawasan pendakian..fuuh selamaattt..

Antara kawan2 yang sampai awal
Kekurangan membuat pendakian pada waktu malam ialah pendaki tidak dapat melihat keindahan alamsemulajadi yang ada disepanjang perjalanan kecuali pada masa menuruni bukit sahaja. Tetapi, penggantinya ialah SUNSET VIEW..sangat cantik dan mempesona.

Menikmati sunset view
Bersarapan pagi di puncak
TambalutKu

Sekian sahaja untuk kali ini..

babaii..


 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi