Khamis, 6 Disember 2018

Ke Final Kita - AFF SUZUKI 2018


Mendebarkan! Itu yang saya dapat gambarkan pada malam semalam ketika menonton perlawanan separuh akhir kedua diantara Thailand dan Malaysia..Walau apapun, pertama sekali kita ucapkan Tahniah buat skuad negara yang berjaya menempah ke perlawanan akhir AFF Suzuki 2018.

Kejayaan mengikat Thailand pada separuh akhir kedua semalam dengan aggregat 2-2, dengan Malaysia mempunyai kelebihan jaringan ditempat lawan, sekali lagi skuad ini ke perlawanan akhir, yang akan menentang sama ada Vietnam atau Fillipina. Kerana, penentuan bagi Vietnam dan Fillipina akan hanya diketahui selepas perlawanan separuh akhir kedua pada malam ini.

Berbalik kepada perlawanan semalam diantara Thailand dan Malaysia, secara keseluruhannya pasukan negara telah berjaya mengekang dan menyerap serangan pantas (counter-attack) pasukan Thailand. Malahan, pasukan negara begitu tenang dan mudah menyerap tekanan walaupun bermain di tempat lawan. Kedua-dua pasukan menunjukkan skill permainan yang amat memuaskan malah skill-skill bertaraf dunia serba sedikit dapat dipertontonkan. Penguasaan bola juga agak seimbang. Pujian harus diberikan kepada Akram dan Syamer yang banyak mengawal dan menggerakkan bahagian tengah, malah, sesekali membuat counter attack ke kawasan gol lawan. Begitu juga, gerakan Sumareh, Idlan, Zaquan Adha banyak menguji pertahanan lawan. 

Dua kali Thailand mendahului, dua kali juga Malaysia menyamakan kedudukan. Jaringan demi jaringan membakar semangat, pada masa yang sama memberi tekanan kepada setiap pemain dan pegawai, malah kepada semua penonton di stadium atau diluar.

Namun, jaringan penyamaan yang cantik oleh Syahmi dan Idlan akhirnya membawa skuad negara ke perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2018. Malang bagi Thailand yang dianugerahkan sepakan penalti di masa kecederaan, kerana tidak dapat disudahkan dengan jaringan oleh penyerang mereka, Adisak.

Apa pun, harapan kita sangat tinggi kepada skuad ini untuk membuktikan sesuatu atau menang di perlawanan akhir nanti. Vietnam atau Fillipina, kita harus tunjukkan kehebatan kepada mereka atau  kepada sesiapa pun. Ayuh rakyat Malaysia!, kita doakan skuad negara ini, mudah-mudahan beroleh kejayaan memenangi perlawanan akhir nanti..

Cuma, sesekali tersenyum simpul tengok perut2 boroi kedua-dua penyokong yang tidak berbaju semalam..haha

#kitakefinalAFFSuzukiCup2018
#doakankejayaanskuadnegaramalaysia
#tahniahHarimauMalaya




Jumaat, 30 November 2018

PTPTN oh PTPTN..


Kembali riuh isu PTPTN sekarang ini tatkala janji-janji Pakatan Harapan tidak dapat dilaksanakan mengikut manifesto yang digariskan..Janji yang dikatakan janji itu, kononnya, bayaran balik hanya dikenakan kepada peminjam selepas gaji melepasi RM4000..

Difahamkan kononnya, pihak kerajaan tidak dapat berbuat demikian kerana ekonomi atau kedudukan kewangan negara tidak berapa stabil akibat ketirisan kerajaan terdahulu..Apa pun alasannya, sama ada dipihak peminjam ataupun pihak kerajaan, 'sendiri mau pikirlah'..Yang penting, kedua-dua pihak ada penyelesaian yang menang-menang. Janji perlu ditunai, pinjaman perlu dibayar untuk kesejahteraan negara..

Sedikit pengalaman berkaitan dengan isu ini, kerana saya juga salah seorang peminjam PTPTN ini. Kalau tak silap saya, 6 bulan selepas tamat pengajian, surat daripada pihak peguam yang mewakili perbadanan tersebut telah menghantar surat/notis pembayaran balik pinjaman. Bayangkan lah, pada masa itu saya belum pun mendapat kerja dengan gaji yang baik. Hanya kerja kampung menoreh getah dan kerja buruh binaan. Itu pun cukup-cukup menampung kos hidup seorang diri.

Pada ketika saya menerima surat yang ke 2 (mungkin, tak berapa ingat sdh..), saya telah mengutus surat kepada wakil PTPTN tersebut untuk memohon penangguhan bayaran kerana belum mendapat kerja yang lebih baik. Jadi, dalam tempoh tersebut, pada masa saya bekerja di kampung, saya telah mengisi SPA8i untuk memohon pekerjaan yang lebih terjamin. 

Selepas mengikuti beberapa siri temuduga (asyik gagal saja..he), akhirnya saya berjaya mendapat kerja dengan kerajaan dengan menggunakan sijil STPM. Dipendekkan cerita, selepas 1 tahun bekerja dengan jabatan kerajaan, berbekalkan gaji kurang daripada 2 ribu, saya telah diminta untuk mengisi borang bayaran balik melalui pemotongan gaji dan saya telah mengisinya. Akhirnya, saya berjaya membuat bayaran melalui potongan gaji sebanyak RM150 sahaja kerana gaji belum memuaskan.

Sehingga ke hari ini,,dengan potongan gaji yang konsisten RM150 setiap bulan, saya tidak lagi runsing dan risau dengan tuntutan pihak PTPTN. Malahan saya menolak untuk menambah jumlah bayaran bulanan walaupun diminta berbuat demikian. Kerana saya memikirkan, walaupun tempoh bayaran menjadi panjang, tetapi jumlahnya agak sedikit. Dengan harapan, setiap tahun ada kenaikan gaji dan itulah yang saya gunakan untuk keperluan lain seperti simpanan peribadi untuk masa depan. Kalaupun tidak, setidak-tidaknya, saya ada wang lebih untuk tujuan lain seperti membeli rumah atau berumahtangga serta membeli kereta.

Mungkin situasi ini akan berbeza jika sekiranya saya mendapat pekerjaan yang lebih baik yang mana lulusan universiti biasa perolehi pada bulan pertama dalam tahun pertama sebanyak lebih kurang RM2000 lebih tidak termasuk elaun. Tidak pasti pula kalau bekerja dengan pihak swasta. 

Jadi dalam hal ini, untuk situasi menang-menang tadi yang saya maksudkan adalah, pihak kerajaan perlu giat untuk membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan-graduan yang menganggur. Bagi membolehkan mereka mendapat sumber kewangan yang lebih baik dan seterusnya ada kemampuan untuk membayar balik pinjaman tersebut. Pada masa yang sama, para graduan ini perlulah bersikap lebih terbuka dan tidak terlalu memilih kerja. Malahan berusaha juga untuk mencari rezeki untuk menampung kos sara hidup sendiri sekurang-kurangnya. Rasanya, kursus-kursus dan juga bantuan keusahawanan ada disediakan oleh pihak tertentu untuk mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan atau perniagaan.

Satu sikap yang perlu ada pada graduan ini juga adalah perlu memikirkan generasi yang akan datang juga kerana mereka juga adalah bakal peminjam PTPTN atau sumber pinjaman lain. Jadi, jika generasi kini tiada keupayaan untuk memulakan bayaran, sampai bilakah modal PTPTN ini dapat 'running'? 

Aku Pinjam Aku Bayar..
Engaku Janji Engkau Tunai..



 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi