Jumaat, 17 Januari 2020

Influenza yang menakutkan..



haloo semua..apa khabar anda hari ini..mudah-mudahan semuanya ceria dan sentiasa dalam keadaan yang positif ya gaiss..aura positif utu sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental kita..dan yang paling penting, rezeki hari ini adalah rezeki yang halal untuk kita semua..


pada saat ini, berita serangan virus INFLUENZA di negara kita sedang panas dan ianya amat menakutkan saya..di negeri Perak sahaja sudah diberitakan sebanyak 97 pelajar sekolah telah dijangkiti virus ini..negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan sebagainya turut mengalami perkara ini..virus ini sejenis flu, yang merupakan penyakit berjangkit daripada burung dan mamalia serta mengikut musim. Dan sudah semestinya, ia mudah merebak dan kita sebenarnya terdedah ketika berada di luar rumah.

menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam laporan myMETRO (Rabu, 8 januari 2020) , Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim itu hanya menyebabkan demam selesema ringan kepada orang biasa tetapi boleh mengakibatkan jangkitan yang teruk terhadap kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik. Influenza jangkitan dengan gejala utama seperti demam selesema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Apa Kaitan INFLUENZA & PENAPIS UDARA?

Tahukah Kita, bahawa kualiti udara dalam rumah adalah 2-3 kali lebih tercemar daripada luar rumah? Jadi, apabila kita dinasihatkan untuk berada di dalam rumah, kita mestilah memastikan udara dalam rumah kita bersih dan bebas daripada virus serta bakteria.

Punca-puncapencemaran udara dalam rumah adalah seperti Airborne Particle (diesel, exhaust, debu asap rokok, aircond dsb), Indoor Formaldehyde (kimia dari bangunan, perabot, masakan & asap rokok), Household Odors & Gases (sprt dari aktiviti mewarna, memasak&merokok, bersukan), Ozon (daripada udara luar yang bahaya seperti asap kilang, kenderaan dsb), Carbon Dioxide (daripada pernafasan manusia dan aktiviti memasak).

Jadi, apabila doktor nasihatkan kita untuk berada lama di dalam rumah berbanding di luar, maka kita kena juga berhati-hati dengan empat jenis pencemaran yang disenaraikan diatas tadi. Maka dengan itu, kita semua kena memasang PENAPIS UDARA 24 Jam.

Jadi gaiss,,kesimpulannya, kita kena sentiasa berhati-hati semasa berada diluar atau didalam rumah kerana pencemaran sentiasa ada dan selagi kita bernyawa, kita tidak berhenti untuk menghirup udara. Kalau kita berada diluar rumah, pastikan langkah berjaga-jaga diambil terutama musim VIRUS melanda dengan memakai penutup hidung. Dan, ketika berada didalam rumah pasanglah sekurang-kurangnya 1 atau 2 penapis udara di dalam rumah. kalau mampu, setiap bilik didalam rumah kena pasang untuk jaminan kebersihan udara sentiasa terjaga.

Saya sudah pasang..

Dan inilah yang saya ingin katakan kepada anda bahawa saya sebelum ini pernah menulis artikel berkenaan dengan produk Cuckoo yang saya langgan iaitu Penapis Air dan Penapis Udara. Testimoni saya sendiri, bahawa pemasangan penapis udara ini sangat bagus kerana mampu membersihakn udara daripada partikel-partikel atau debu/ habuk halus di dalam rumah. Bau-bau hapak daripada perabot juga turut hilang, termasuk bau-bau asap kereta atau rokok yang masuk ke dalam rumah..Pada produk ini, ianya mempunyai sensor yang boleh memberitahu kita tentang kualiti udara. Misalnya, kalau kualiti udara kita tidak baik, cahaya merah akan menyala, dan kalau udara bagus, warna akan bertukar menjadi kebiru-biruan seperti gambr di bawah..

Penapis Udara C Model
Untuk pengetahuan anda, Cuckoo ada beberapa model penapis udara dengan design, spek, dan harga yang berbeza seperti gambar di bawah untuk pilihan anda..


So,, itu sahaja perkongsian hari ini..mudah-mudahan ada sedikit manfaat yang anda boleh dapat dan boleh sebarkan kepada kawan-kawan atau saudara mara dan ahli keluarga untuk kesihatan yang lebih berkualiti.


#KURANGKAN HUTANG TAMBAHKAN PENDAPATAN
#KUALITI HIDUP TERBAIK ADALAH SIHAT



INGIN MENAMBAH PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN?? HANYA MENGGUNAKAN SMARTPHONE, KINI LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI FINGO..ANDA SHARE ANDA DAPAT KOMISYEN..!!
↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙



Khamis, 16 Januari 2020

POKET BOCOR TETAPI PENUH..


haloo semua,,selamat pagi..semoga anda berada dalam lindungan tuhan yang maha kuasa, sihat sejahtera dan bahagia disamping orang tersayang...juga mudah-mudahan kita semua mendapat rezeki yang halal lagi untuk hari ini..


untuk kali ini gaiss,,saya ingin berkongsi sedikit tentang kandungan buku yang ditulis oleh saudara Shamsuddin Kadir yang bertajuk CASH FLOW UNTUK LELAKI - Poket Bocor Tetapi Penuh..buku ini telah dicetak ulang sebanyak 4 kali..yang pertama pada tahun 2017, dua kali pada tahun 2018 dan yang terakhir pada tahun 2019. Buku ini saya beli pada penghujung tahun 2019. Kesimpulan keseluruhan buku ini adalah SANGAT2 BAGUS sebagai panduan kita dalam merancang kewangan sebagai seorang LELAKI..kalau saya tidak silap, saudara SK juga ada mengeluarkan buku seperti ini khas untuk wanita..


topik yang dibincangkan dalam buku ini juga sangat banyak dan terperinci sekali serta menarik dan 'mengetuk' otak/ minda kita bagaimana menjadi seorang lelaki yang MATANG dalam hal-hal kewangan. saya sendiri banyak kali 'diketuk' ketika membaca buku ini gaiss..terasa diri terlalu LALAI dalam bab-bab kewangan, terutama dalam bab berbelanja, menyimpan atau melabur..

buku ini mengandungi 59 topik yang boleh membimbing kita untuk menjadi lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan seharian. malah, menjadikan kita lebih matang dan bijak menguruskan duit poket..dimana, buku ini banyak membincangkan budaya berbelanja boros ketika perayaan dan perkahwinan, bagaimana memilih konsultan kewangan yang terbaik, ke mana duit harus dilaburkan, bagaimana emas membuat keuntungan, kepentingan sedekah, malah disediakan jadual bedah siasat wang gaji, simpanan dan pelaburan dan pelbagai topik lagi..

mungkin di catatan yang akan datang ini, saya akan mengupas lebih dalam dan bertumpu lagi kepada topik-topik yang penting, yang ada di dalam buku ini khas untuk anda yang tidak berkesempatan untuk membeli buku ini..harga buku ini berharga hanya RM25.00 (sem.Malaysia) dan RM27.00(sbh/swk)..

bagi anda yang inginkan 'ketukan-ketukan' positif ini, saya syorkan untuk mendpatkan mana-mana buku panduan kewangan yang ada di pasaran..banyak buku-buku yang berkaitan ini terdapat di pasaran sekarang, termasuklah buku saudara SK..

so, itu saja untuk kali ini, jumpa di catatan yang akan datang..tq



#KURANGKAN HUTANG TAMBAHKAN PENDAPATAN


INGIN MENAMBAH PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN?? HANYA MENGGUNAKAN SMARTPHONE, KINI LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI FINGO..ANDA SHARE ANDA DAPAT KOMISYEN..!!
↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙↙




 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi