Salam Perpaduan..
Salam seribu salam kepada semua pembaca yang bijaksana, terutama kepada blogger Malaysia yang peka kepada kemajuan negara..
Menyedari hakikat bahawa media maya menjadi trend terhebat abad ini,,maka saya terpanggil untuk memiliki blog sendiri..Saya fikir, ini adalah medium yang sangat baik untuk kita meluahkan apa sahaja bentuk karya..Setakat yang saya tahu,,ramai di kalangan blogger menggunakan blog sebagai tempat meluahkan pendapat, medium perniagaan, sekadar catatan harian, berpolitik, dan sebagainya..
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan, kebebasan bersuara adalah menjadi hak kepada setiap orang,,namun kebebasan itu hendaklah mengikut acuan negara..
Memandangkan bulan ini adalah bulan penubuhan Malaysia (16 Sept 1963), maka saya menyeru kepada semua pembaca yang budiman sama-sama menghayati erti penubuhan Malaysia dan sama-sama menyelami sejarah di sebalik penubuhan negara kita Malaysia..
Kita perlu bersyukur kerana hidup di dalam satu negara yang setakat ini bebas dari malapetaka (alam dan manusia)..Walaupun sejak akhir2 ini pelbagai isu yang timbul, saya berharap para pemimpin negara, walau siapa pun ( pembangkang/kerajaan ) sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan keselematan negara..
Akhir sekali,,sebagai pencinta keamanan,,marilah sama-sama membulatkan tekad untuk mengekalkan kesejahteraan negara kita..
Selamat Menyembut Hari Malaysia - Kibarkan Jalur Gemilang
Jumpa lagi..
Catat Ulasan
0 ulasan: