Saya melihat dan menganalisis perlawanan-perlawanan persahabatan HM sebelum ini,,saya menyimpulkan bahawa taktik mereka tidak ada perubahan dan peningkatan langsung! Sepatutnya tidak berlaku sedemikian rupa ketika baki perlawanan sebenar semakin singkat...Sepatutnya eksperimen sudah lama berlangsung,,iaitu sebelum perlawanan persahabatan...kemudian mantapkan pasukan tersebut ketika dalam siri perlawanan...
Ketika melihat pasukan negara dari mata seorang peminat, yang sentiasa memberi harapan tinggi kepada pasukan,,saya amat kecewa dan sakit hati..apatah lagi ketika duduk bersebelahan dengan beberapa penyokong Bangladesh tempoh hari...seolah-olah maruah diri tercalar apabila mereka bersorak bagai nak rak apabila pasukan mereka berjaya menyamakan kedudukan...
Hati panas dan mahu saja melepaskan geram pada penyokong lawan tersebut...tapi, negara ini mendidik kita agar bersopan santun....Rukun Negara kelima, meredakan sedikit hati yang sedang bara...saya tidak menyalahkan mereka, kerana saya sendiri malu terhadap persembahan HM pada malam itu..
Apa pun,,kepada HM dan kru-kru yang terlibat,,,sedari lah bahawa kekalahan yang pertama sudah pasti lah akan di iringi dgn kata-kata kejian dan meruntuhkan semangat...ITU adalah DOA sebenarnya terhadap pasukan...oleh itu,,para penyokong pasukan negara,,sama-sama la kita menghamburkan kata-kata yang baik pla kerana itu adalah doa..dan kepada pasukan negara,,untuk mengelak daripada kata-kata perit tersebut,cuba lah untuk memperbaiki permainan anda...
Hari ini anda merudum,,esok-esok anda pasti meranum...
Ada ketika berada di atas, ada masa berada di bawah...
TETAPI,,sama ada ANDA mahu berada diatas atau bawah lama atau singkat..
HANYA ANDA SAHAJA YANG BOLEH TENTUKAN
Harimau Malaya...Semoga Mengecapi Kejayaan!
Catat Ulasan
0 ulasan: