Isnin, 17 Disember 2018

Perjuangan Belum Berakhir..


Walaupun kalah 1-0 kepada tuan rumah Vietnam pada Final Kedua Piala AFF SUZUKI sabtu lalu, namun pujian harus diberikan kepada skuad Harimau Malaya. Ini kerana, mereka telah dari awal menunjukkan kesungguhan bermain pada Piala AFF Suzuki musim ini, sehingga berjaya lolos ke perlawanan akhir.

Tahniah, sesungguhnya kepada semua pegawai terutama kepada ketua jurulatih, Tan Cheng Ho, kerana berjaya membawa ramuan dan rentak permaianan yang lebih meyakinkan. Jangan terlalu kecewa kerana perjuangan belum berakhir disini.

Kita masih terlalu jauh untuk mencapai standard yang diidam-idamkan. Namun, anda semua telah membuktikan bahawa pasukan negara bukanlah pasukan yang boleh dipandang mudah oleh pasukan dari Asia Tenggara yang lain. Statistik juga membuktikan pada perlawanan akhir kedua bahawa, diatas kertas, kita sememangnya mempunyai kelebihan, namun nasib tidak menyebelahi kita.

Kepada pemain-pemain Harimau Malaya,,teruskan perjuangan anda. Sentiasa tingkatkan prestasi dan kualiti masing-masing. Rebutlah mana-mana peluang (jika ada) untuk bermain di luar negara. Ambillah kesempatan menimba pengalaman kerana anda masih muda. Anda masih ada peluang untuk menaikkan imej dan ranking negara di kedudukan yang lebih baik. Tunjukkan kepada anak muda yang lain bahawa, misi bola sepak ini bukanlah semata-mata habuan, tetapi maruah dan martabat seluruh rakyat Malaysia harus diangkat dan dijulang.

Kepada pihak pengurusan tertinggi FAM, teruskan usaha murni anda semua. Jaga kebajikan semua yang terlibat, mudah-mudahan urusan bertambah baik. Jangan Kecewa, Perjuangan Belum Berakhir..

Rabu, 12 Disember 2018

AFF SUZUKI 2018: Final First Leg


SEIMBANG TETAPI SUKAR...

Itu gambaran saya pada keadaan Skuad Harimau Malaya sekarang ini kerana hanya seri 2-2 dengan Vietnam semalam..apa pun, bola itu bulat, macam-macam boleh terjadi..kita doakan kejayaan mereka di final kedua nanti di gelanggang lawan.

Semalam, permainan Vietnam sudah dijangkan lebih kemas, bertenaga dan teratur malah tenang berhadapan dengan pemain kedua belas (penyokong) tempatan. Gol pertama mereka nampak mudah apabila gerakan pantas / counter attack mereka memberi tekanan sehingga bola tidak dapat dikeluarkan pertahanan (Naim) Malaysia dengan sempurna. Begitu juga gol kedua yang hadir selang 2 minit kemudian, dimana pertahanan Malaysia sekali lagi begitu alpa dan lambat menutup ruang.  

Gol Malaysia yang dinantikan, tiba juga pada minit ke 35 apabila hantaran cantik Syamer Kutty ditanduk masuk oleh Shahrul Saad. Bersambung babak separuh masa kedua, pada minit ke 60, Safawi Rashid berjaya menambah gol melalui tendangan percuma yang cantik ke sebelah kanan gol lawan menjadikan kedudukan semasa 2-2.

Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai penguasaan bola yang lebih baik malah mempunyai hantaran-hantaran yang lebih banyak berbanding lawan. Skuad negara juga mempunyai gerakan-gerakan one-two yang menjadi tetapi tidak mampu menjaringkan gol. Pihak lawan yang banyak menggunakan taktik counter attack, berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Malaysia. Rata-rata pemain mereka mempunyai larian yang bertenaga dan laju. Dan inilah sebenarnya kelebihan mereka yang perlu dikekang oleh Malaysia. Malah, mereka tiada rasa gentar atau takut untuk beraksi di tempat lawan.

Diharapkan (mudah-mudahan) kepada skuad negara, mampu mempamerkan aksi lebih baik daripada aksi yang terbaik untuk kita membuktikan bahawa, kita sebenarnya masih mempunyai kualiti-kualiti yang boleh dibanggkan. 

Perjalanan masih panjang! 







Khamis, 6 Disember 2018

Ke Final Kita - AFF SUZUKI 2018


Mendebarkan! Itu yang saya dapat gambarkan pada malam semalam ketika menonton perlawanan separuh akhir kedua diantara Thailand dan Malaysia..Walau apapun, pertama sekali kita ucapkan Tahniah buat skuad negara yang berjaya menempah ke perlawanan akhir AFF Suzuki 2018.

Kejayaan mengikat Thailand pada separuh akhir kedua semalam dengan aggregat 2-2, dengan Malaysia mempunyai kelebihan jaringan ditempat lawan, sekali lagi skuad ini ke perlawanan akhir, yang akan menentang sama ada Vietnam atau Fillipina. Kerana, penentuan bagi Vietnam dan Fillipina akan hanya diketahui selepas perlawanan separuh akhir kedua pada malam ini.

Berbalik kepada perlawanan semalam diantara Thailand dan Malaysia, secara keseluruhannya pasukan negara telah berjaya mengekang dan menyerap serangan pantas (counter-attack) pasukan Thailand. Malahan, pasukan negara begitu tenang dan mudah menyerap tekanan walaupun bermain di tempat lawan. Kedua-dua pasukan menunjukkan skill permainan yang amat memuaskan malah skill-skill bertaraf dunia serba sedikit dapat dipertontonkan. Penguasaan bola juga agak seimbang. Pujian harus diberikan kepada Akram dan Syamer yang banyak mengawal dan menggerakkan bahagian tengah, malah, sesekali membuat counter attack ke kawasan gol lawan. Begitu juga, gerakan Sumareh, Idlan, Zaquan Adha banyak menguji pertahanan lawan. 

Dua kali Thailand mendahului, dua kali juga Malaysia menyamakan kedudukan. Jaringan demi jaringan membakar semangat, pada masa yang sama memberi tekanan kepada setiap pemain dan pegawai, malah kepada semua penonton di stadium atau diluar.

Namun, jaringan penyamaan yang cantik oleh Syahmi dan Idlan akhirnya membawa skuad negara ke perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2018. Malang bagi Thailand yang dianugerahkan sepakan penalti di masa kecederaan, kerana tidak dapat disudahkan dengan jaringan oleh penyerang mereka, Adisak.

Apa pun, harapan kita sangat tinggi kepada skuad ini untuk membuktikan sesuatu atau menang di perlawanan akhir nanti. Vietnam atau Fillipina, kita harus tunjukkan kehebatan kepada mereka atau  kepada sesiapa pun. Ayuh rakyat Malaysia!, kita doakan skuad negara ini, mudah-mudahan beroleh kejayaan memenangi perlawanan akhir nanti..

Cuma, sesekali tersenyum simpul tengok perut2 boroi kedua-dua penyokong yang tidak berbaju semalam..haha

#kitakefinalAFFSuzukiCup2018
#doakankejayaanskuadnegaramalaysia
#tahniahHarimauMalaya




Jumaat, 30 November 2018

PTPTN oh PTPTN..


Kembali riuh isu PTPTN sekarang ini tatkala janji-janji Pakatan Harapan tidak dapat dilaksanakan mengikut manifesto yang digariskan..Janji yang dikatakan janji itu, kononnya, bayaran balik hanya dikenakan kepada peminjam selepas gaji melepasi RM4000..

Difahamkan kononnya, pihak kerajaan tidak dapat berbuat demikian kerana ekonomi atau kedudukan kewangan negara tidak berapa stabil akibat ketirisan kerajaan terdahulu..Apa pun alasannya, sama ada dipihak peminjam ataupun pihak kerajaan, 'sendiri mau pikirlah'..Yang penting, kedua-dua pihak ada penyelesaian yang menang-menang. Janji perlu ditunai, pinjaman perlu dibayar untuk kesejahteraan negara..

Sedikit pengalaman berkaitan dengan isu ini, kerana saya juga salah seorang peminjam PTPTN ini. Kalau tak silap saya, 6 bulan selepas tamat pengajian, surat daripada pihak peguam yang mewakili perbadanan tersebut telah menghantar surat/notis pembayaran balik pinjaman. Bayangkan lah, pada masa itu saya belum pun mendapat kerja dengan gaji yang baik. Hanya kerja kampung menoreh getah dan kerja buruh binaan. Itu pun cukup-cukup menampung kos hidup seorang diri.

Pada ketika saya menerima surat yang ke 2 (mungkin, tak berapa ingat sdh..), saya telah mengutus surat kepada wakil PTPTN tersebut untuk memohon penangguhan bayaran kerana belum mendapat kerja yang lebih baik. Jadi, dalam tempoh tersebut, pada masa saya bekerja di kampung, saya telah mengisi SPA8i untuk memohon pekerjaan yang lebih terjamin. 

Selepas mengikuti beberapa siri temuduga (asyik gagal saja..he), akhirnya saya berjaya mendapat kerja dengan kerajaan dengan menggunakan sijil STPM. Dipendekkan cerita, selepas 1 tahun bekerja dengan jabatan kerajaan, berbekalkan gaji kurang daripada 2 ribu, saya telah diminta untuk mengisi borang bayaran balik melalui pemotongan gaji dan saya telah mengisinya. Akhirnya, saya berjaya membuat bayaran melalui potongan gaji sebanyak RM150 sahaja kerana gaji belum memuaskan.

Sehingga ke hari ini,,dengan potongan gaji yang konsisten RM150 setiap bulan, saya tidak lagi runsing dan risau dengan tuntutan pihak PTPTN. Malahan saya menolak untuk menambah jumlah bayaran bulanan walaupun diminta berbuat demikian. Kerana saya memikirkan, walaupun tempoh bayaran menjadi panjang, tetapi jumlahnya agak sedikit. Dengan harapan, setiap tahun ada kenaikan gaji dan itulah yang saya gunakan untuk keperluan lain seperti simpanan peribadi untuk masa depan. Kalaupun tidak, setidak-tidaknya, saya ada wang lebih untuk tujuan lain seperti membeli rumah atau berumahtangga serta membeli kereta.

Mungkin situasi ini akan berbeza jika sekiranya saya mendapat pekerjaan yang lebih baik yang mana lulusan universiti biasa perolehi pada bulan pertama dalam tahun pertama sebanyak lebih kurang RM2000 lebih tidak termasuk elaun. Tidak pasti pula kalau bekerja dengan pihak swasta. 

Jadi dalam hal ini, untuk situasi menang-menang tadi yang saya maksudkan adalah, pihak kerajaan perlu giat untuk membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan-graduan yang menganggur. Bagi membolehkan mereka mendapat sumber kewangan yang lebih baik dan seterusnya ada kemampuan untuk membayar balik pinjaman tersebut. Pada masa yang sama, para graduan ini perlulah bersikap lebih terbuka dan tidak terlalu memilih kerja. Malahan berusaha juga untuk mencari rezeki untuk menampung kos sara hidup sendiri sekurang-kurangnya. Rasanya, kursus-kursus dan juga bantuan keusahawanan ada disediakan oleh pihak tertentu untuk mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan atau perniagaan.

Satu sikap yang perlu ada pada graduan ini juga adalah perlu memikirkan generasi yang akan datang juga kerana mereka juga adalah bakal peminjam PTPTN atau sumber pinjaman lain. Jadi, jika generasi kini tiada keupayaan untuk memulakan bayaran, sampai bilakah modal PTPTN ini dapat 'running'? 

Aku Pinjam Aku Bayar..
Engaku Janji Engkau Tunai..



Khamis, 15 November 2018

Cia-cia dan sketsa..



(Putus Terus)
boy: awak tau tak, apa beza saya dengan Aron Aziz?
girl: tau..dia hensem, awak hodoh..!
boy: awak tau apa beza awak dengan dia?
girl: tak tau..apa benda nak dibandingkan dia dengan saya pula..
boy: saja nak bagitau yang dia bijak tapi awak bodoh sebab pilih saya..
girl: saya x bodoh..kita putuss!!

(Jambatan Rosak)
B: hoi,,jam yang sy bina ni nak pulangkan balik
G: jam apa?
B: jambatan yang ke hati awak tu..
G: kenapa nak pulangkan balik pula?
B: sebab jam ni da rosak la..babai u..

(Makan Luar)
ayg: abang,,ayang terasa nak makan kat luar la bang...3 bulan sejak kawin ni belum pernah kita makan kat luar..
abg: ok.. (10 minit kemudian...)
ayg: apa ni bang,,sy maksudkan makan kat restoran, bukan kat kaki lima rumah ni...!!
abg: (mkn dengan lahapnya)..

(Lembu vs Sapi)
anak: mak!mak!..itu lembu kan??
emak: bukan nak,,itu sapi...
anak: lembu la mak...!
emak: bukan nak,,itu sapi...
(dialog berterusan smpi kedua-duanya pengsan kerana tidak makan) hehe..

(Tukar Posisi)
suami: kita perlu ubah posisi malam ini daling...
isteri: betul bang,,kali ini abg duduk dekat papan seterika pula, saya duduk diatas sofa..asyik abg je duduk kat sofa time nonton tv..

(Ajaibnya bersedekah)
Tengah lepak makan, tiba-tiba datang orang buta minta sedekah. Saya bagi duit kat orang tu..
Masa dia berlalu pergi dan dia nak melintas jalan,
dia buka spek tengok kiri kanan...
Alhamdulillah..sembuh dah buta dia..haha

to be continue....















Rabu, 14 November 2018

AFF SUZUKI 2018: Malaysia VS Laos



Aksi kedua AFF Suzuki bagi Kumpulan A diantara Malaysia dan Laos, menyaksikan kemenangan kedua buat skuad negara dengan jaringan 3-1. Sebelum itu, skuad negara telah dikejutkan dengan jaringan awal pihak lawan melalui sepakan percuma jarak jauh yang berjaya menewaskan penjaga gol negara Khairul Fahmi. 

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad negara telah menggandakan serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan melalui Zaquan Adha hasil umpanan cantik Muhammad Syahmi. Selepas itu, pasukan negara meneruskan penguasaan bola dan melakukan serangan namun tidak menemui penyudah jaringan.



Bersambung di babak kedua, Malaysia akhirnya berjaya menyumbat 2 lagi gol pada minit-minit akhir melalui Norsahrul Idlan Talaha. Gol lewat tersebut akhirnya memastikan kemenangan buat pasukan negara dan mengutip 3 mata penuh dan mengumpul 6 mata selepas perlawanan kedua.  

Pada perlawanan ini, saya melihat Muhammad Syahmi, pemain pertahanan sayap kanan banyak membantu pasukan dengan gerakan dan umpanan cantik. Begitu juga, pemain tengah (Akram dan Syafiq) begitu konsisten mengawal bahagian tengah dan merancang serangan. Sesekali melihat skill yang ditunjukkan oleh Akhyar Rashid dan Muhamad Safawi, begitu mengujakan dan menghiburkan.



Jumaat, 9 November 2018

AFF SUZUKI 2018: Malaysia Vs Kemboja


AFF Suzuki 2018...

Perlawanan pertama pasukan negara Malaysia, menghasilkan kemenangan pertama apabila berjaya mengalahkan pasukan tuan rumah (Kemboja) dengan jaringan 1-0, hasil tandukan Norsahrul Idlan Talaha pada minit ke 30 separuh masa pertama.

Walau bagaimanapun, rentak permainan pasukan negara nampak bergelut sedikit apabila penguasaan permainan berpihak kepada pasukan tuan rumah, lebih 60 peratus. Kawalan dan hantaran bola nampak tidak menjadi buat pasukan negara. Namun, ketika memasuki minit ke 20, pasukan negara hampir-hampir menjaringkan gol tetapi rembatan kaki kiri Safawi Rashid terkena tiang gol pasukan Kemboja.



Tersentak dengan gol tersebut, pasukan tuan rumah menambah asakan demi asakan namun berjaya diserap oleh pertahanan negara. Memasuki separuh masa kedua, pasukan negara semakin selesa dan menguasai bola serta mencipta banyak peluang jaringan namun, nasip tidak menyebelahi mereka. Sehingga ke wisel penamat, jaringan tunggal Norsahrul memastikan pasukan negara mengutip 3 mata penuh di tempat lawan.

Tahniah diucapkan kepada jurulatih negara, Tan Chen Ho dan anak-anak buah kerana berjaya mencipta kemenangan sulung ini. Mudah-mudahan pasukan negara mampu mengekalkan kejayaan tersebut.

Rabu, 7 November 2018

Cia-cia dan sia-sia



Sekadar buang boring..hehe

pakwe: Kalau awak betul-betul nak berpisah dengan saya,satu je sy minta..
makwe: Satu aper?
pakwe: Satu juta ringgit..cia cia cia..


boy: apa beza awak dengan saye?
girl: hmm?apa?
boy: awak benci saya, tp sy sayang awak
girl: pulokk..
boy: tapi, kita ada persamaan tau..
girl: apa dia? 
boy: sy dan awak, dua-dua nak kan kebahagiaan..huhuhihihaha


pakcik: inilah yang dikatakan, kera dihutan disusukan, anak di rumah macam kera!
makcik: apa pula bapaknyee cakap gitu..?
pakcik: hah, awk tengoklah budak tu..(anak sedang bergayut dikipas siling)
makcik: yaaa ampuunnn...!!!siti baidurii,turun!!!


abg polis: sudah berkali-kali awak melakukan kesalahan trafik,,awak ni keras kepala la!
abg driver: ya, btl tuan,,cuba tuan picit, keras ni..(sambil memicit kepalanya sendiri)
abg polis: dahlah muka hodoh, loyar buruk pla (dlm hati)...



Jumaat, 2 November 2018

Batu Karang


Haloo semua,,selamat petang dihari jumaat...Mudah-mudahan anda semua sihat-sihat dan comei-comei hendaknya..

Bercakap pasal kesihatan ni,,saya ada sedikit pengalaman berhadapan dengan pesakit buah pinggang..Pesakit kelihatan amat teruk kerana menahan kesakitan akibat daripada batu karang. Difahamkan batu karang ini terjadi akibat daripada kurangnya kita meminum air bersih, memakan makanan mengandungi garam berlebihan, kesan daripada pengambilan vitamin C yang berlebihan, faktor keturunan dan sebagainya. 

Kidney Stone @ batu karang

Berbalik kepada pesakit tadi, saya dapati dia demam, meracau, sakit sendi atau otot badan terasa lemah, sakit pinggang, mual dan muntah-muntah, serta sensitif terhadap bau-bauan. Jadi, mudah-mudahan simptom-simptom yang saya kongsikan ini dapat membantu anda mengenalpasti lebih awal tentang penyakit batu karang. Jika sekiranya berlaku dengan anda atau ahli keluarga, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lebih lanjut. 

Ini kerana, jika tidak dapat dikesan lebih awal, batu karang ini akan menutup saluran-saluran buah pinggang atau saluran air kencing. Akibatnya, akan mencederakan dinding saluran tersebut dan mudah dijangkiti kuman serta menyebabkan lain-lain penyakit akan timbul dan akan mempengaruhi atau menjejaskan fungsi jantung.

Kaedah rawatan pula keatas penyakit ini adalah pelbagai. Dalam kes pengalaman saya ini terhadap pesakit, batu karang yang telah tersekat pada saluran air kencing sebenarnya tidak dicabut keluar tetapi saluran tersebut hanya diregangkan atau dikembangkan untuk memudahkan batu karang tersebut hanyut bersama-sama air kencing. Selepas itu, pesakit akan dipantau dari masa ke semasa didalam wad.

Lidah Mertua

Selain daripada itu, kaedah rawatan tradisional juga ada diamalkan sejak dulu lagi dan difahamkan ramai yang telah mengamalkan kaedah rawatan ini dan terbukti berkesan. Maklumat ini telah saya perolehi melalui kawan-kawan, saudara mara dan orang lain. Iaitu, dengan mengamalkan meminum air rebusan tumbuhan yang dipanggil Lidah Mertua. Mengikut informer, batang tumbuhan ini perlu dihiris lima sebesar jari kemudian rebus dengan menggunakan air 2 gelas. Ketika air mula mendidih, tunggu sehingga 2 minit barulah api ditutup. Selepas itu, bolehlah diminum ketika masih suam atau suhu bilik. Difahamkan juga, air rebusan Lidah Mertua ini mampu menghakis batu karang tersebut sehingga mudah bergerak melalui salur-salur kecil sehingga dibuang bersama air kencing. 

Setakat ini saja perkongsian hari ini berkenaan dengan penyakit batu karang. Segala maklumat yang ada didalam posting ini adalah pengalaman semata-mata yang saya lihat sendiri dan dengar dari orang lain. Sekian..babai...!





   



Jumaat, 26 Oktober 2018

Hiking di Murug-Turug



Salam hormat semua pembaca..

Pada trip hiking yang lalu, Mansau-Ansau Climbers sekali lagi telah berjaya membuat pendakian ke Murug Turug Eco Tourism, seramai 16 orang sahaja. Jadi, sedikit info sedia dikongsikan kepada anda semua disini. 

Maklumat ini boleh diperolehi melalui laman facebook pihak Murug Turug Eco-Tourism

Lokasi tempat ini ialah di Kg. Minangkob Tamparuli, jalan Tamparuli-Ranau dalam 11 kilometer dari pekan Tamparuli. Sebelum ke sini, jangan lupa singgah di Rumah Terbalik dekat dengan pam minyak Shell. Balik nanti pula, singgah di Chantek Gallery.

So, apapun..biar kasi tengok gambar-gambar diorang saja la sebab saya tidak terjoin, makanya, cerita lanjut itu tidak ada hehe..Tapi yang pastinya, dilokasi ini, terdapat beberapa air terjun yang cantik dan alam semulajadi yang boleh dinikmati sepanjang perjalanan.

Di hadapan pejabat urusan pihak Murug Turug Eco Tourism

Salah satu daya tarikan yang ada di Kampung Minangkob, iaitu batu kura-kura gergasi

Laluan konkrit sebelum memasuki laluan hutan

Salah satu pemandangan air terjun yang ada disini
Pimpin tangan nampak??
Jangan lupa bawa pakaian lebih..mana tau tergoda dengan air disini..he

Jernih dan sejuk airnya..

Sengaja kasi besar ni pic,,kasi highlight si kawan..: )

Team Mansau-Ansau Climbers, sekali lagi berjaya sampai disalah satu tempat menarik yang ada di Sabah

 
Ketua trip hikers ni kali,,Jennyfer@Buntat
Jadi gaiss,,kalau mau merasai keindahan dan nikmat ber'hiking di sini, cuba-cuba lah datang. Boleh menghubungi pihak pengurusan melalui facebook diorang. Nantikan trip akan datang...babai


Rabu, 24 Oktober 2018

Ronda Perlis..


Hai, salam hormat semua..


Mudah-mudahan anda semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja..kalau dalam keadaan yang kurang menyenangkan, saya mendoakan agar anda sentiasa dilindungi dan dirahmati Tuhan..


Cerita kali ini sekadar untuk mengimbau kembali kenangan dan pengalaman saya beberapa tahun yang lalu ketika bertugas di Negeri Jelapang Padi iaitu Kedah..'sempat la keluaq jalan-jalan sat kat negeri sebelah nu ( Perlih - Perlis)'..bersama kawan baik saya dari Sarawak Ah Keong dan kawan sekampung Andy..destinasi - jom tengok gambaq hihi..
haa naik motor ja dari Jitra - Padang Besar
Perjalanan bermula dari Jitra selepas bersarapan pagi @ menyorok kata orang Kedah..
tu diaa..sempat meninjau ladang tebu (Perlis) dari pondok tinjau..
Ladang tebu ni terletak dalam kawasan Chuping Perlis..luasnya sejauh mata memandang hehe..ianya ladang tebu terbesar di Malaysia. Tapi sekarang ni macam ada perubahan besar berlaku disana.. Rujuk (http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2014&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm ) untuk berita lanjut.


sudah sampai,,wajib ambik gambar disini..

beli barang cikit ja..bulan tua daaa..hihi
market padang besaq..luas dan harga murah..tak tau la sekarang macam mana..
Ok gaiss,,ini saja la untuk kali ini ..to be continue...see you!

Isnin, 22 Oktober 2018

Final Piala Malaysia 2018



Salam hormat peminat bolesepak tempatan...
Tahniah diucapkan kepada Perak "The Bos Gaurus" dan Terengganu FC yang akan berentap di perlawanan akhir Piala Malaysia 2018. Ayuh kepada penyokong kedua-dua pasukan ini untuk memenuhi stadium Shah Alam pada 27 Oktober ini. Mudah-mudahan perlawanan ini berjalan lancar dan menunjukkan kualiti permainan yang terbaik daripada kedua-dua pasukan.

Selamat Berjuang kedua-dua pasukan!!


Piala Malaysia 2018 antara perak dengan Terengganu di Stadium Shah Alam, 27 Oktober





Selasa, 16 Oktober 2018

Piala Cabaran 2018



(Sumber: Kosmo)
 Tahniah dan syabas kepada pasukan Terengganu FC II yang berjaya melakar sejarah apabila menundukkan pasukan UKM FC dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua pada semalam. Sekaligus, menjadi juara sulung Piala Cabaran 2018.

Pemain importnya, Akanni Sunday Wasiu muncul wira apabila menjaringkan dua gol untuk pasukan Terengganu FC II. Dengan bermain ditempat sendiri dan mendapat sorakan penyokong tuan rumah, serta corak permainan menyerang, ternyata percaturan dan taktikal jurulatihnya (Tengku Hazman Raja Hassan) menjadi pada malam tersebut. 

(Sumber: Utusan Online)

Dengan kemenangan tersebut, Terengganu FC II telah merangkul Piala Cabaran dan wang tunai sebanyak RM250 000.00. Manakala, UKM FC menerima wang tunai RM75 000.00.

Secara keseluruhannya, permainan kedua-dua pasukan adalah seimbang dimana kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Akan tetapi, pasukan Terengganu FC II menunjukkan ketajaman jaringan penyerang mereka dibantu oleh gerakan dan umpanan cantik dari rakan. 

Mudah-mudahan, Piala Cabaran ini akan terus melahirkan pasukan dan pemain yang berkualiti dimasa akan datang serta berterusan. 



Bukit Kledang


Halloo semuaa..
Salam hormat dan salam seribu salam...

Mudah-mudahan anda semua dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya..marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat agar tubuh badan sentiasa cergas dan cerdas..berkaitan dengan gaya hidup sihat, sekali lagi saya kongsikan serba ringkas kepada anda pengalaman saya semasa mendaki bukit kledang di Ipoh Perak beberapa tahun yang lepas.

lorong tanah merah

laluan bertangga

Bukit Kledang merupakan salah satu tempat yang sangat sesuai untuk melakukan riadah sihat dengan berjogging atau berjalan kaki mendaki bukit ini sama ada pada sebelah pagi atau petang..ketinggian bukit lebih kurang 800 meter dengan dua laluan pilihan iaitu melalui jalan ber'tar' dan lorong khas yang disediakan.



menuruni bukit melalui jalan ber'tar'

Dari puncak bukit ini atau di pertengahan bukit, kita boleh melihat sebahagian besar pemandangan bandar Ipoh. selain dari itu, saya juga berkesempatan mengambil gambar sebahagian kecil tumbuh-tumbuhan yang ada disana.

pemandangan bandar Ipoh diwaktu pagi







Haiwan seperti monyet pun ada dikawasan tersebut, tetapi teman tak sempat 'snap' sebab takut dikejar pula hihi..

Sekian tatapan pada kali ini..
jumpa lagi..tenkiu..

babai...

Isnin, 15 Oktober 2018

Maragang Hill Kundasang


Salam hormat kepada semua..
Harap-harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja..


Posting kali ni sembang lagi pasal ekspedisi mendaki bukit yang telah kami lalui pada bulan jun tahun ini..ekspedisi mendaki bukit Maragang Hill yang baru sahaja dibuka kepada penggemar dalam ekspedisi pendakian..terletak di Kg. Mesilou Kundasang, tempat ini rasanya tidak asing bagi pelancong domestik mahupun pelancong asing..Terdapat 2 pakej yang terdapat disana iaitu Loop Trail (5.17km) dan juga Normal Climb (4km).

bbq di homestay
Dengan kadar homestay yang berpatutan (rm200/night-4bilik), kami telah menginap disana 1 malam untuk menyesuaikan diri dengan suasana sejuk sambil-sambil mengambil peluang untuk berehat sebelum memulakan pendakian pada hari esoknya..

bergambar di hadapan pejabat urusan Maragang Hill berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
Pada keesokan paginya, kami terus ke pejabat urusan Maragang Hill selepas bersarapan pagi dan terus membuat pendaftaran peserta disana.

jangan tiru gaya ini,,bahaya..hehe 
                                        
Selepas itu, kami menaiki dua buah kenderaan (pacuan empat roda dan van) kerana starting point agak jauh dari pejabat urusan sekitar 1 kilometer. Sepanjang perjalanan ke starting point, dikiri dan kanan adalah alam semulajadi yag cantik dan juga lapangan golf. 

mendengar taklimat sebelum memulakan pendakian
Apabila kami tiba di starting point tersebut, pihak guide/malim telah memberikan sedikit taklimat tentang pendakian termasuklah hal-hal keselamatan, penjagaan alam semulajadi, dan sebagainya. 





Inilah salah satu laluan yang pertama perlu dilalui oleh pendaki sebelum sampai ke laluan yang lebih mudah kerana kecuramannya yang agak mencabar. Lebih-lebih lagi kalau dalam musim hujan, keadaan tanah agak licin dan berlumpur. Kalau berjaya mengharungi laluan ini, pasti sampai ke puncak. Tapi, rasanya tidak perlu saya perincikan sangat laluan ini kerana anda perlu merasainya sendiri terlebih dahulu. Mana la tau ada yang gerun ka atau rasa mudah sangat laluan tersebut, so, anda perlu datang dan mendaki di sana hehe.. 


Ini antara laluan yang mendatar dengan keadan hutan semulajadi yang masih terjaga. Ada juga sebatang dua pokok kayu balak yang ditebang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan hutan ini.
sampat posing si kawan di hutan..
 
senyum lebar bila sampai puncak


inilah dia, team Mansau-Ansau Climbers..berjaya juga semuanya sampai dipuncak Maragang Hill..
Semua senyum lebar bila berjaya sampai puncak..penat lelah hilang sekejap..selepas berehat sekejap dan mengambil gambar kenang-kenangan serta mengisi perut, kami pun turun mengikuti laluan yang baru. Dorang bilang kalau masa turun ni sekejap saja sampai dibawah..hmmm saya rasa jauh lagi turun ke bawah dari naik ke puncak..

depan tu ada air terjun..tapi sayangnya, tidak dibenarkan mandi manda
 Namun, seusai tiba di kawasan rendah, kami pun berehat sekejap di tebing sungai dan makan apa yang tinggal dalam beg..rasa mau mandi saja disungai ini namun tidak dibenarkan, kerana sungai ini adalah sumber air bersih penduduk kampung sekitar.

menerima sijil sari pihak urusan Maragang Hill
Banyak gambar dan kejadian-kejadian yang berlaku tapi tidaklah sempat dimuatkan sekali gus disini. Kalau nak info lebih, boleh tinggalkan diruangan 'komen', ada masa nanti mudah-mudahan saya jawap he.. Apapun, terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi join ekspedisi ini. Lain masa kita jumpa lagi di gunung atau bukit yag lain..hehe   


Babai..




Jumaat, 12 Oktober 2018

Tersipu Malu...


AFC U16..


Sempat menonton perlawanan Jepun menentang Australia dalam saingan Piala AFC U16 melalui siaran tertunda ASTRO 802 pada beberapa minggu yang lepas...masih jelas diingatan akan permainan kedua-dua pasukan..begitu memukau dan mengejutkan kerana kematangan permainan yang sangat jelas disitu..skill individunya, taktikalnya, semangat juangnya, dan sebagainya..adakah saya menonton perlawanan antarabangsa diantara Sepanyol dan Brazil??saya terbuai dengan corak permainan,,saya terpukau dengan kemahiran individu yang tinggi, yang dipamerkan..rasanya kad kuning tiada langsung dikenakan apatah lagi kad merah..

(sumber: http://www.goal.com)

Disiplinnya begitu tinggi..dan apabila saya 'ter' tonton perlawanan di antara UKM FC dan Terengganu FC pada baru-baru ini di ASTRO..saya terus teringat akan kualiti permainan diantara Jepun dan Australia, dengan serta merta saya tersipu malu..mungkin saya silap menilai, mungkin saya tidak melihat banyak aspek ketika membuat kesimpulan, tetapi, saya harap anda menontonnya sendiri melalui siaran ulangan ataupun melalui media elektronik yang ada, kemudian anda nilailah sendiri..


Mungkin pemain Jepun dan Australia ini mewakili negara mereka, manakala UKM FC vs Terengganu FC hayalah sebuah kelab..tetapi jangan kita lupa bahawa mereka itu (Jepun & Australia) hanyalah berumur 16 tahun dan kebawah..bukanlah saya memperlekehkan pasukan bolesepak yang ada di negara ini, tetapi kita perlu belajar sesuatu daripada hal ini..terutamanya pihak-pihak yang berkenaan..

Entahlaa...





 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi