Salam hormat kepada semua..
Harap-harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja..
Posting kali ni sembang lagi pasal ekspedisi mendaki bukit yang telah kami lalui pada bulan jun tahun ini..ekspedisi mendaki bukit Maragang Hill yang baru sahaja dibuka kepada penggemar dalam ekspedisi pendakian..terletak di Kg. Mesilou Kundasang, tempat ini rasanya tidak asing bagi pelancong domestik mahupun pelancong asing..Terdapat 2 pakej yang terdapat disana iaitu Loop Trail (5.17km) dan juga Normal Climb (4km).
|
bbq di homestay |
Dengan kadar homestay yang berpatutan (rm200/night-4bilik), kami telah menginap disana 1 malam untuk menyesuaikan diri dengan suasana sejuk sambil-sambil mengambil peluang untuk berehat sebelum memulakan pendakian pada hari esoknya..
|
bergambar di hadapan pejabat urusan Maragang Hill berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu |
Pada keesokan paginya, kami terus ke pejabat urusan Maragang Hill selepas bersarapan pagi dan terus membuat pendaftaran peserta disana.
|
jangan tiru gaya ini,,bahaya..hehe |
Selepas itu, kami menaiki dua buah kenderaan (pacuan empat roda dan van) kerana starting point agak jauh dari pejabat urusan sekitar 1 kilometer. Sepanjang perjalanan ke starting point, dikiri dan kanan adalah alam semulajadi yag cantik dan juga lapangan golf.
|
mendengar taklimat sebelum memulakan pendakian |
Apabila kami tiba di starting point tersebut, pihak guide/malim telah memberikan sedikit taklimat tentang pendakian termasuklah hal-hal keselamatan, penjagaan alam semulajadi, dan sebagainya.
Inilah salah satu laluan yang pertama perlu dilalui oleh pendaki sebelum sampai ke laluan yang lebih mudah kerana kecuramannya yang agak mencabar. Lebih-lebih lagi kalau dalam musim hujan, keadaan tanah agak licin dan berlumpur. Kalau berjaya mengharungi laluan ini, pasti sampai ke puncak. Tapi, rasanya tidak perlu saya perincikan sangat laluan ini kerana anda perlu merasainya sendiri terlebih dahulu. Mana la tau ada yang gerun ka atau rasa mudah sangat laluan tersebut, so, anda perlu datang dan mendaki di sana hehe..
Ini antara laluan yang mendatar dengan keadan hutan semulajadi yang masih terjaga. Ada juga sebatang dua pokok kayu balak yang ditebang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan hutan ini.
|
sampat posing si kawan di hutan.. |
|
senyum lebar bila sampai puncak |
|
inilah dia, team Mansau-Ansau Climbers..berjaya juga semuanya sampai dipuncak Maragang Hill.. |
Semua senyum lebar bila berjaya sampai puncak..penat lelah hilang sekejap..selepas berehat sekejap dan mengambil gambar kenang-kenangan serta mengisi perut, kami pun turun mengikuti laluan yang baru. Dorang bilang kalau masa turun ni sekejap saja sampai dibawah..hmmm saya rasa jauh lagi turun ke bawah dari naik ke puncak..
|
depan tu ada air terjun..tapi sayangnya, tidak dibenarkan mandi manda |
Namun, seusai tiba di kawasan rendah, kami pun berehat sekejap di tebing sungai dan makan apa yang tinggal dalam beg..rasa mau mandi saja disungai ini namun tidak dibenarkan, kerana sungai ini adalah sumber air bersih penduduk kampung sekitar.
|
menerima sijil sari pihak urusan Maragang Hill |
Banyak gambar dan kejadian-kejadian yang berlaku tapi tidaklah sempat dimuatkan sekali gus disini. Kalau nak info lebih, boleh tinggalkan diruangan 'komen', ada masa nanti mudah-mudahan saya jawap he.. Apapun, terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi join ekspedisi ini. Lain masa kita jumpa lagi di gunung atau bukit yag lain..hehe
Babai..
Catat Ulasan
0 ulasan: