Selasa, 9 Oktober 2018

Camping di Singkug Hill


Haii salam hormat kepada anda semua...harap-harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja..mari kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat hehe..sebagai peminat hiking, post kali ini pun berkaitan dengan hiking juga, so saya kongsikan sedikit sebanyak tentang aktiviti kami semasa ke Bukit Singkug & Air terjun Guabon pada masa yang lalu..

Team Mansau-Ansau Climbers bergambar sebelum memulakan pendakian

Sarapan pagi yang termasuk dalam pakej

Bermula dari pekan Kota Belud, jarak ke Singkug ini lebih kurang 20km sahaja dan terletak di Kg. Bayayat Kota Belud. Tidak lah jauh sangat. Tempat berkumpul dan juga tempat parking kereta adalah di perkarangan Tabika KEMAS Kg. Bayayat. Disinilah juga hikers akan bersarapan pagi (masuk dalam pakej) dan juga taklimat ringkas dari pengurusan sebelum memulakan pendakian.

Melalui perumahan di Kg. Singkug

Wefie bagi menghilangkan penat..he
Secara keseluruhannya, jarak perjalanan untuk menawan bukit ini hanyalah sekitar 4km dan ada dua laluan ke puncak bukit (Trail A dan Trail B). Kalau mahukan cabaran lebih, ikutlah laluan A sebab laluan ini ada kawasan tertentu yang curam, berbatu dan mencabar. Laluan B pula, bolehlah dikatakan laluan biasa-biasa tapi kalau tak bersedia atau tak biasa hiking, bisa hancur juga pak hehe..

View di Bukit Doa (1.1km)

Terpaksa berehat panjang disini kerana cuaca tidak mengizinkan (Pondok Bukit Doa)
Ketinggian puncak adalah sekitar 614 meter sahaja dari paras laut. Agak rendah berbanding bukit-bukit sebelum ini yang pernah didaki tetapi setiap bukit ada keistimewaan dan ada cabarannya yang tersendiri. Cuma disini, kita boleh bercamping diatas bukit, malah boleh berkhemah diatas platform yang disediakan..Pemandangannya?perghh superb! lebih-lebih lagi pada ketika matahari baru terbit..Lagi satu kelebihan yang ada disini ialah air terjunnya yang cantik dan airnya juga sejuk..

Buat hal masing-masing

Guide kami 3 orang

Batu seakan-akan seperti kepala Ular

eksen nampak..?

Do you feel it??hehe

Eksen ja lebih...

Menyediakan makanan

Sunrise view..1

Sunrise view..2

Sunrise view..3

Packing barang dia bilang..he

Sebelum turun,,bergambar dulu (baju yg kemarin haha).. 

Geng srikandi..

Ba, palan-palan turun..

Mandi manda time..(Guabon Waterfall)

Mandi ramai-ramai, pulang sorang-sorang..hehe
yeahh..dapat sijil..


So, apalagi?sila la rasainya sendiri..he
Sekian, babai,,jmpa lagi...


0 ulasan:



 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi