Terima kasih kerana singgah di laman ini..
Kali ini pun, cerita throwback juga macam posting sebelum ini..dan ini juga tentang daki mendaki bukit @hiking tapi kali ini di Tinorindak Hill pula. Bukit yang terletak di Kg. Lembah Permai, Kundasang ini mempunyai ketinggian 1720 meter sahaja..kalau yang biasa hiking boleh sampai puncak dalam 1 jam 30 minit ke 2 jam sahaja. Bagi saya yang jarang-jarang hiking ni, mau 2 jam lebih juga la baru sampai puncak..
bergambar di hadapan pejabat urusan Tinorindak Hill |
bergambar sebelum masuk hutan dalam gelap
|
Cabaran semasa mendaki..biasa laitu curam dan licin. Jadi, kena pakai kasut dan pakaian yang bersesuaian. Lebih-lebih lagi kalau ambil pakej Sunrise/sunset view kerana pendakian akan bermula pada jam3 pagi (kalau tak silap). Jadi, suhunya agak sejuk juga, lebih-lebih lagi kalau peluh sudah mula membasahi badan..Info penting: ada pacat di satu kawasan lembap, so bagi yang tidak suka dengan haiwan-haiwan kiut tersebut, pakailah pakaian yang bersesuaian hehe..
ketinggian 1720.88 meter sahaja
|
Sepanjang pendakian ini (waktu malam/subuh), cabarannya lebih kepada kesiapsagaan pendaki terhadap keselamatan masing-masing kerana tahap penglihatan adalah terhad walaupun masing-masing ada membawa torchlight. Tanah yang dipijak juga agak sukar untuk dikenalpasti sama ada lembut/licin atau tidak. Begitu juga dengan binatang atau serangga kecil yang merbahaya. Namun, info yang kami terima, haiwan pemangsa tiada dikawasan pendakian..fuuh selamaattt..
Antara kawan2 yang sampai awal
|
Kekurangan membuat pendakian pada waktu malam ialah pendaki tidak dapat melihat keindahan alamsemulajadi yang ada disepanjang perjalanan kecuali pada masa menuruni bukit sahaja. Tetapi, penggantinya ialah SUNSET VIEW..sangat cantik dan mempesona.
Menikmati sunset view
|
Bersarapan pagi di puncak
|
TambalutKu
|
Sekian sahaja untuk kali ini..
babaii..