Jumaat, 19 Julai 2019

Anda Stress Pasal Apa??


Halo Semua..

Sudah lama tidak membuat coretan di laman ini...sibuk dengan kerja dan urusan keluarga..macam-macam berlaku..

Dalam hidup berkeluarga ini banyak cabaran dan kadang-kadang amat memberi tekanan tetapi kita perlu rasional, sabar dan sentiasa positif..kalau tidak, kita akan jatuh dan entah apa akan yang bakal terjadi..Begitu juga halnya dengan urusan kerja..banyak karenah yang ada..mau tidak mau, itulah punca rezeki dan sebab itu lah kena jaga disiplin, integriti dan komitmen..

Tetapi, dalam dua hal diatas ini, yang saya kira banyak memberikan tekanan dalam hidup,,pada saya suasana politik di negara ini turut menyumbang kepada tekanan dan depresi seseorang..sebagai seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara ini, saya turut merasa bimbang dan takut kalau-kalau sesuatu kejadian yang buruk boleh terjadi bila-bila masa..ya la,,sekarang ini kuat di mainkan isu perkauman, agama dan sebagainya.

Ada yang dilihat hendak mengapi-apikan, ada yang mengelak, ada yang membiarkan dan ada yang mengambil kesempatan..bukan sahaja isu perkauman, agama yang kian serius,, malahan perbalahan dikalangan pemimpin pemerintah turut membimbangkan..pada mereka, itu sekadar permainan politik mereka,,tetapi bagi saya sebagai orang biasa, itu situasi yang amat menakutkan..

Sudah-sudahlah wahai orang politik..malahan pemerintah yang ada sekarang ini pula yang banyak konroversi..buatlah kerja kamu yang dipertanggungjawabkan itu..banyak masalah rakyat ini yang memerlukan penyelesaian segera...jangan hanya tahu berjanji,,kalau berani janji, berani la tunaikan..

Orang politik kata, tiada isu tiadalah politik..sebab itu, terlalu banyak isu yang timbul tetapi penyelesaiannnya kurengg...tapi pada saya,,sebab terlalu banyak isu, masalah pokok rakyat tidak selesai..apabila tidak selesai, maka pilihanraya seterusnya tabur janji lagi..dan begitu lah putaran roda politik ini..

Wahai orang politik,,tolonglah fikirkan kehidupan rakyat biasa ini yang sentiasa terbeban...bebanan psikologi akibat tertekan dengan permainan politik yang tak sudah-sudah..jangan menambah bilangan manusia di negara ini yang mati akibat tekanan dan depresi..dan jangan hairan kalau golongan muda ini memilih untuk berdiam diri dan tidak mengambil bahagian dalam hal-hal negara...

 

Rabu, 10 Julai 2019

Pasukan Sabah FA Muncul Juara Liga Perdana


REAKSI skuad Tambadau Sabah selepas menumpaskan UiTM 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam untuk muncul juara Liga Premier 2019.
REAKSI skuad Tambadau Sabah selepas menumpaskan UiTM 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam untuk muncul juara Liga Premier 2019.
KOTA KINABALU: Tambadau Sabah menyelesaikan misinya menjulang gelaran juara Liga Premier 2019 di Stadium UiTM Shah Alam dengan menumbangkan pasukan tuan rumah 2-1.
Kemenangan itu memberikan mata ke-40 buat Tambadau iaitu jumlah yang tidak dapat dipintas oleh mana-mana pasukan dalam saingan itu.
REAKSI skuad Tambadau Sabah selepas menumpaskan UiTM 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam untuk muncul juara Liga Premier 2019.
REAKSI skuad Tambadau Sabah selepas menumpaskan UiTM 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam untuk muncul juara Liga Premier 2019.
Kejayaan menamatkan kemarau 23 tahun tanpa trofi itu bagaimanapun  tidak diperolehi dengan mudah.
Skuad kendalian Jelius Ating itu malahan suatu ketika ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama sebelum bangkit  dengan dua gol di babak kedua untuk keluar sebagai juara bagi melengkapkan kejayaan mengesahkan tempat ke Liga Super dengan menumbangkan JDT II di Stadium Pasir Gudang minggu lalu.
PARA pemain skuad Tambadau menjulang Jelius Ating selepas menumpaskan UiTM 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam untuk muncul juara Liga Premier 2019.
PARA pemain skuad Tambadau menjulang Jelius Ating selepas menumpaskan UiTM 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam untuk muncul juara Liga Premier 2019.
Bagaimanapun secara  keseluruhannya perlawanan itu dikuasai Tambadau.
Gawang Tambadau dibolosi sepakan percuma Zarko Korac dari garis kotak penalti yang menembusi benteng dan penjaga gol Rozaimie Rohim  terpaku melihat bola mencecah jaring untuk tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-29.
PARA pemain skuad Tambadau menjulang Datuk Peter Anthony selepas menumpaskan UiTM 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam untuk muncul juara Liga Premier 2019.
PARA pemain skuad Tambadau menjulang Datuk Peter Anthony selepas menumpaskan UiTM 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam untuk muncul juara Liga Premier 2019.
Ia adalah satu-satunya peluang UiTM berbanding enam peluang yang dicipta tetapi gagal diterjemah kepada jaringan oleh Tambadau pada babak pertama.
Aksi babak kedua agak seimbang tetapi ianya Tambadau Sabah yang lebih bertuah dengan menyempurnakan dua daripada peluang yang dimilikinya.
Gol yang dicari-cari Tambadau menjelma pada minit ke-57 hasil sepakan penalti Rodoljub Paunovic yang tenang mengesahkan bola ke arah bertentangan dari layangan badan penjaga gol untuk menyamakan kedudukan. 
SEBAHAGIAN penonton penyokong Sabah yang memberikan sokongan.
SEBAHAGIAN penonton penyokong Sabah yang memberikan sokongan.
Sepakan penalti itu diberikan pengadil, Mohd Fairuzi Mat Desa kepada Tambadau selepas bola terkena tangan salah seorang pertahanan UiTM FC yang cuba menghalang gerakan Alto Linus di dalam kotak penalti.
Lebih 2,000 penyokong Sabah termasuk Pemangku Presiden SAFA Datuk Peter Anthony dihadiahkan dengan gol kemenangan menerusi tandukan Aguinaldo Mendes terhadap sepakan sudut Ricco Nigel Milus pada minit ke-66.

sumber: utusan Borneo Online

 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi