Rabu, 5 Disember 2012

Ada Taring Rupanya


Tahniah dan syabas kepada Harimau Malaya,,akhirnya anda membuktikan anda sbnarnya masih bertaring...tohmahan dan ktritikan telah berjaya anda serap dan terjemahkan dengan dua kemenangan ketika menentang laos dan indonesia dalam AFF Suzuki Cup...

Hati begitu puas setelah beberapa kali kecewa melihat kekalahan demi kekalahan...puas melihat kemenangan yang dicipta,apatah lagi ketika menyaksikan perlawanan dengan Indonesia tempoh hari...walau pun kadang-kadang terdapat kesilapan yang menyeriaukan, tetapi kepantasan mengatasi segala-gala...


Walau bagaimanapun,,,anda semua perlu memberikan fokus seratus-peratus kepada pertembungan menentang Thailand sabtu ini...saya selaku pemerhati tak dilantik ini mendoakan agar keputusan nanti memihak kepada kita...kalau tak masuk final pun, sekurang-kurangnya anda sudah membuktikan bahawa anda masih relevan berada di dalam skuad ini...


Kepada Raja Coach Malaysia,,,kami mengharapkan sentuhan taktikal yang dipertaruhkan nanti akan menjanjikan satu perlawanan yang hebat...Biar kering tekak, jangan kering idea...hehe...



Selamat Berjuang..!!

Khamis, 22 November 2012

Parah Vs Marah


Walaupun kecewa dengan persembahan hambar skuad Harimau Malaya(HM) ketika menentang Bangladesh tempoh hari,,harapan untuk skuad ini bangkit ketika mengahdapi AFF Suzuki masih ada dan tinggi...

Saya melihat dan menganalisis perlawanan-perlawanan persahabatan HM sebelum ini,,saya menyimpulkan bahawa taktik mereka tidak ada perubahan dan peningkatan langsung! Sepatutnya tidak berlaku sedemikian rupa ketika baki perlawanan sebenar semakin singkat...Sepatutnya eksperimen sudah lama berlangsung,,iaitu sebelum perlawanan persahabatan...kemudian mantapkan pasukan tersebut ketika dalam siri perlawanan...


Ketika melihat pasukan negara dari mata seorang peminat, yang sentiasa memberi harapan tinggi kepada pasukan,,saya amat kecewa dan sakit hati..apatah lagi ketika duduk bersebelahan dengan beberapa penyokong Bangladesh tempoh hari...seolah-olah maruah diri tercalar apabila mereka bersorak bagai nak rak apabila pasukan mereka berjaya menyamakan kedudukan...


Hati panas dan mahu saja melepaskan geram pada penyokong lawan tersebut...tapi, negara ini mendidik kita agar bersopan santun....Rukun Negara kelima, meredakan sedikit hati yang sedang bara...saya tidak menyalahkan mereka, kerana saya sendiri malu terhadap persembahan HM pada malam itu..


Apa pun,,kepada HM dan kru-kru yang terlibat,,,sedari lah bahawa kekalahan yang pertama sudah pasti lah akan di iringi dgn kata-kata kejian dan meruntuhkan semangat...ITU adalah DOA sebenarnya terhadap pasukan...oleh itu,,para penyokong pasukan negara,,sama-sama la kita menghamburkan kata-kata yang baik pla kerana itu adalah doa..dan kepada pasukan negara,,untuk mengelak daripada kata-kata perit tersebut,cuba lah untuk memperbaiki permainan anda...


Hari ini anda merudum,,esok-esok anda pasti meranum...

Ada ketika berada di atas, ada masa berada di bawah...
TETAPI,,sama ada ANDA mahu berada diatas atau bawah lama atau singkat..
HANYA ANDA SAHAJA YANG BOLEH TENTUKAN

Harimau Malaya...Semoga Mengecapi Kejayaan!

Khamis, 8 November 2012

Harimau dilanyak Gajah


Geram dan sakit hati. 
Itulah perasaan bila melihat/menonton corak permainan Malaysia ketika berlangsungnya persahabatan dengan negara jiran, Thailand semalam. Malaysia yang kalah kepada Thailand sepatutnya merasa malu kerana kalah walaupun GAJAH bermain 10 orang..Taring dan kuku HARIMAU tidak lagi mampu mencakar dan menggigit kulit GAJAH yang semakin TEBAL dan LIAT.

Corak permainan yang tidak banyak berubah dan kekuatan mental pemain masih di tahap yang kurang memberangsangkan..Sama ada Raja (Rajagobal) mempunyai taktik menyimpan KUKU atau sebaliknya, tetapi, sesebuah kemenangan sudah pastinya akan diiringi oleh kata-kata pujian dan keyakinan kepada para peminat bola sepak tanah air...Jangan lupa bahawa, kata-kata itu adalah DOA..

Penguasaan TENGAH harus dititikberatkan...
Kepantasan harus dipertingkatkan...
Corak hantaran harus juga dipelbagaikan...

Berusaha lebih GIGIH..
SEMOGA BERJAYA..



Rabu, 12 September 2012

Juara Asia Tenggara Kecundang



"Longlai.."

Itulah ungkapan yg sesuai kpd anak-anak buah Datuk Rajagobal ketika mudah  kecundang kepada skuad Vietnam semalam 0-2 di tempat sendiri, dalam perlawanan persahabatan kelas A bolasepak..

Kekecewaan penonton smlm dkt kedai mamak jelas trpancar,,semuanya mengutuk corak prmainan dn ada jg yg mncemuh prcaturan Datuk Rajagobal..ketika smpi di tmpt krja pg ini pn,,kesemua kwn2 tidak brpuas hati dgn prmainan trsebut..gol pertama jelas kesilapn prthanan yg mmbiarkn kemaraan pihak lawan - pnjaga gol pula lmbat kmbali ke posisi selamat utk memungkinkn gol trsebut..bgtu jg dgn gol yg kdua,,kealpaan pertahann skali lg di hukum pd seawal minit babak kedua bersambung..

Pada saya,,mmg jelas corak prmainan kedua-dua pasukan tampak ketara..Vietnam dgn corak pmainan kemas dan pantas - hantaran tepat, kawalan bola yg tinggi, formasi serangan yg mantap dn paling sy puji adalah kawalan bola di bhgian tengah mereka sgt bagus..adunan ini mybabkn mereka mudah mengucar-kacirkn prthann Harimau Malaya..

Sumber: http://www.bharian.com.my

Skuad Harimau Malaya ternyata tidak mampu mengekang kepantasan pasukn lawan..kawln bola yg kurang kemas,hantaran2 mudah di patahkn(mudah di baca lawan), perthanan kurg mantap, taktik serangan yg mudah dibaca..hampir tdk nmpak langsung fungsi posisi tgh pd mlm itu..

Hanya pada sparuh masa kedua, ketika kemasukn Safee Sali, Baddrol Bakhtiar dan S. Kunanlan, corak prmainan brubah 80%..banyak serangan dilancarkn mnggunakan klincahan dn kpntasan S.Kunanlan dan pmain tgh..deretan peluang namun tdk brjaya di sudahkan dgn jaringan..namun,hanya 10-20 minit kmdian,,Vietnam kembali menguasai..

Apa2 pun, kekalahan 0-2 ini harus dijadikn satu pngajaran yg sgt brguna spya para pemain meningkatkn kmhiran diri..bgitu juga dgn corak prmainan, coach perlu melihat dan meneliti kmbali kesilapan2 dlm corak pmainan yg diamalkn..teliti kembali rakaman plwanan trsebut dn fikirkn sstu.. 




Sokongan kpd Harimau Malaya dan Harimau Muda tidak pernah pudar..
Slmt Berjuang..
"Selamanya Harimau Malaya"



Selasa, 11 September 2012

Warriors of the Rainbow: Seediq Bale


Bersantai Dengan Menonton Filem..


Sesekali bersantai di hujung minggu,,salah satu pilihan saya adalah menonton movie ( filem,drama,animasi dsb )..pelbagai genre menjadi keutamaan termasuklah komedi dan aksi..jika otak dalam keadaan yang stress,komedi la menjadi pilihan utama...saya meminati rancangan Karoot Komedia X yang memaparkan kisah2 kehidupn dlm masyarakat kita,,yg dilakonkn oleh barisan pelakon komedi terbaik seperti Johan, Eby Yus, Jepp, Shuib, Yus Jambu dn sesekali Nabil..pelbagai gelagat lucu dipaparkn dlm rancangn ini..



 Bercerita pasal filem...pada 3 bulan yang lepas,saya sempat meminjam satu filem dvd yang bertajuk "Warriors of the Rainbow: Seediq Bale" drp seorang kawan cina..sebuah filem taiwan yg diterbitkn pada tahun lepas (2011), arahan Wai Te Sheng..filem ini mengisahkan tentang penentangan orang asli taiwan terhadap penjajah wilayah mereka ketika itu iaitu orang Jepun..utk lebih lanjut sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Warriors_of_the_Rainbow:_Seediq_Bale ..



Bagi saya,,ini adalah filem terbaik yg pernah sy tonton..dari segi jalan cerita,grafik,kesan bunyi,lokasi dan sebagainya..banyak nilai2 murni yg dipaparkn terutama berkaitan dgn semangat patriotisme,kasih syg,cinta pd tanah air,keberanian dan byk lg..kalau nk tau,,kena la beli dvd filem ni..durasi filem adalah dlm 4jam lebih klu x silap tp dalam dua episod..kena beli dua-dua dvd tau,takut nti x tau penghujung crta ni..utk filem ni,sy ble bg 4 bintang..bg mrk yg mmg brdarah patriotisme,ptt tgo filem ni..


Aksi perang dalam hutan

Salah satu watak yang digemari





Isnin, 10 September 2012

Kucing Tanpa Nama


Bertemu lagi..

Kali ini, saya cuba berkongsi dengan pembaca tentang salah satu kegemaran saya iaitu terhadap haiwan peliharaan..Saya sebenarnya menyukai apa sahaja haiwan/binatang yang kelihatan comel (cute, kata orang)..macam kucing, anjing, hamster, sugar glider, dan mcm2 la..walau bgmnapun, sy juga takut pd binatang seperti ular, buaya, labah-labah besar, kala jengking dan apa2 shj binatang berbisa dan ganas ..mungkin anda juga ada menyimpan/memelihara haiwan2 kesukaan skg ini,,ye tak?

Di rumah (d kg),,saya ada dua ekor kucing (jantan dn betina)yang sangat manja dgn ahli klrga atau dgn ssiapa pn..wlbgmanapun,,smpi skg (kucing da bsar), x ada nama panggilan lg tuk kucing tu..just panggil "miow" je hehe..
Ni la kucing yg sy maksudkn..
ni betina or jantan??cer teka..
 
Gambar ni diambil ketika sy berkesempatan balik ke kampung bulan lepas..so,korang nilai la sendiri keadan kucing ni..untuk sekadar perkongsian dgn pembaca, kucing sy ni suka memburu dan banyak kali menangkap&memakan tikus, tupai, burung, cicak dan sebagainya..sebab rumh x jauh dr kawasan semak/hutan,,mgkin sbb tu bulu dia jd nmpk sihat/cntik..


Sekian,jumpa lagi.. :)







Selasa, 4 September 2012

Hak Bersuara


Salam Perpaduan..

Salam seribu salam kepada semua pembaca yang bijaksana, terutama kepada blogger Malaysia yang peka kepada kemajuan negara..

Menyedari hakikat bahawa media maya menjadi trend terhebat abad ini,,maka saya terpanggil untuk memiliki blog sendiri..Saya fikir, ini adalah medium yang sangat baik untuk kita meluahkan apa sahaja bentuk karya..Setakat yang saya tahu,,ramai di kalangan blogger menggunakan blog sebagai tempat meluahkan pendapat, medium perniagaan, sekadar catatan harian, berpolitik, dan sebagainya..

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan, kebebasan bersuara adalah menjadi hak kepada setiap orang,,namun kebebasan itu hendaklah mengikut acuan negara..

Memandangkan bulan ini adalah bulan penubuhan Malaysia (16 Sept 1963), maka saya menyeru kepada semua pembaca yang budiman sama-sama menghayati erti penubuhan Malaysia dan sama-sama menyelami sejarah di sebalik penubuhan negara kita Malaysia..

Kita perlu bersyukur kerana hidup di dalam satu negara yang setakat ini bebas dari malapetaka (alam dan manusia)..Walaupun sejak akhir2 ini pelbagai isu yang timbul, saya berharap para pemimpin negara, walau siapa pun ( pembangkang/kerajaan ) sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan keselematan negara..

Akhir sekali,,sebagai pencinta keamanan,,marilah sama-sama membulatkan tekad untuk mengekalkan kesejahteraan negara kita..



Selamat Menyembut Hari Malaysia - Kibarkan Jalur Gemilang

Jumpa lagi..



 
Copyright @ White Sapoll 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi